Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Amy Pascal Ada Rancangan Untuk Perkenalkan Sinister Six Dalam MCU

Spider-Man: Far From Home kini boleh didapati dalam bentuk Blu-ray, dan kebiasaanya edisi tersebut akan mempunyai beberapa video-video istimewa termasuklah ‘featurettes’.

Menurut artikel yang dikeluarkan laman Comicbookmovie.com, salah satu featurettes Spider-Man: Far From Home telah menampilkan temubual dengan penerbit Amy Pascal. Dalam temubual tersebut, Pascal mendedahkan perancangan untuk memperkenalkan Sinister Six dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

“These villains we now have in our universe happen to be characters that are in the Sinister Six,”

“There may be something that happens with that.”

Setakat ini, tiada sebarang maklumat mengenai Sinister Six dalam Marvel Cinematic Universe. Namun begitu dua filem solo Spider-Man MCU sebelum ini telah memperkenalkan beberapa ahli yang terdiri daripada Vulture, Shocker, Tinkerer, Scorpion, Mysterio, dan berkemungkinan besar Chameleon (Dmitri). Bagaimanapun, masih terdapat beberapa karakter ikonik yang belum diperkenalkan, termasuklah Doctor Octopus, Electro, Kraven the Hunter dan Sandman.

Kepada peminat-peminat Spider-Man, adakah anda berharap Sinister Six akan membuat kemunculan dalam filem Spider-Man 3 akan datang? kongsikan pendapat anda.

Related posts

No Time To Die, A Quiet Place Part II, Morbius Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee