Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Amityville: The Awakening Review

Diinspirasikan dari kisah sebenar pembunuhan kejam yang berlaku pada tahun 1970an yang mana 6 sekeluarga dibunuh kejam oleh ahli keluarga mereka sendiri, Amityville: The Awakening mengisahkan sebuah keluarga yang berpindah ke sebuah rumah yang menjadi legenda penduduk setempat kerana rumah tersebut adalah tempat berlakunya pembunuhan kejam tersebut.

Dibintangi oleh Jennifer Jason Leigh, Bella Thorne, Cameron Monaghan, Kurtwood Smith, Taylor Spreitler, McKenna Grace & Jennifer Morrison, Amityville: The Awakening mampu memberikan sedikit kejutan kepada penonton dengan babak-babak “jump scare” dan unsur-unsur suspens yang diterapkan oleh pengarah filem Franck Khalfoun .

Plot filem ini sangat simple dan “straight foward” tanpa ada plot twist yang begitu ketara. Penonton mudah memahami perjalanan filem ini dan mudah menjangkakan apa yang akan berlaku pada babak seterusnya. Bagi saya, walaupun plotnya simple, kekuatan filem Amityville ini terletak pada babak “jump scare” yang diiringi dengan sound score yang begitu menyeramkan.

Mengisahkan Belle dan adik perempuannya Juliet berserta abang yang koma, James dan ibunya Joan yang berpindah ke sebuah rumah yang terletak di Amityville. Rumah tersebut menjadi legenda penduduk setempat kerana rumah tersebut pernah berlaku pembunuhan kejam. Sejak menduduki rumah tersebut, Belle seringkali diganggu bayangan dari kejadian yang pernah berlaku dirumah tersebut dan dia juga mendapati, entiti jahat dirumah tersebut sedang merasuki badan abangnya yang sedang koma.

Walaupun Amityville: The Awakening adalah filem berbudget rendah, mereka masih mampu hasilkan sebuah filem yang baik dari segi tone, details, runut bunyi dan segala details dalam filem ini. Apa yang menariknya, walaupun tidak banyak menunjukan entiti paranormal yang mengganggu keluarga tersebut, ia masih mampu membuatkan penonton terkejut.

Lakonan para pelakon boleh dianggap biasa-biasa sahaja. Karakter-karakter dalam filem ini terutama karakter utama, Belle lakonan Bella Thorne tidak begitu kuat dan menyakinkan. Tidak seperti pelakon-pelakon utama dalam filem-filem seram yang lain yang sering tunjukkan ekspresi ketakutan apabila berhadapan dengan entiti paranormal, Belle bagi penulis adalah karakter yang sama seperti hantu, tidak mempunyai perasaan dan ekspresi emosi yang sama disepanjang perjalanan filem.

Secara keseluruhannya, walaupun Amityville: The Awakening sebuah filem seram yang baik, tetapi ianya juga mudah dilupakan. Tanpa plot yang begitu kuat dan jalan cerita yang cukup simple, serta lakonan para pelakon yang biasa-biasa sahaja, penonton mungkin tidak mahu menonton filem ini buat kali kedua dalam tempoh yang cukup lama. Ianya boleh dibuat koleksi filem seram, tapi meletakkan sebaris dengan filem-filem seram hebat agak mustahil dan jauh ketinggalan.

Rating Kakimuvee: 5/10

Related posts

Review Filem: Night in Paradise (2020)

Kakimuvee

Review Drama: Gokushufudo / The Way of the Househusband (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Seo Bok (2021)

Kakimuvee

Review Anime: The Way Of The Househusband (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Review Telefilem: 18 Puasa Di Kampong Pisang

Kakimuvee