Studio Lionsgate telah menetapkan tarikh untuk filem aksi terbaru keluaran mereka, American Assassin yang akan ditayangkan pada 15 September 2017 ini. Filem ini diarahkan oleh pengarah filem Kill The Messenger, siri bersiri Homeland, Michael Cuesta manakala penulis skrip pula oleh Stephen Schiff dan Michael Keaton, Dylan O’Brien, Taylor Kitsch, Sanaa Lathan dan Shiva Negar akan membintangi filem aksi ini.
American Assassin ini diambil dari salah satu novel anti-terrorist yang diterbitkan oleh Atria Book dan agak terkenal dikalangan pembaca serta pernah disenaraikan antara Novel terbaik dari New York Times dan terjual sebanyak 20 juta salinan sehingga kini.
American Assassin bakal mengisahkan Mitch Rapp (Dylan O’Brien), seorang anggota black ops CIA yang bekerja dibawa seliaan Stan Hurly (Michael Keaton), yang juga seorang veteren Perang Dingin. Kedua-duanya telah disenaraikan oleh Timbalan Pengarah CIA, Irene Kennedy (Sanna Lathan) untuk menyiasat siri serang bom yang berlaku pada kawasan tentera dan tempat-tempat awam.

Mereka kemudian menjumpai petunjuk mengenai siri serangan tersebut dan telah membuatkan mereka bekerjasa dengan ejen Turki (Shiva Negar) untuk menghentikan rancang penjahat (Taylor Kitsch) yang berniat mahu wujudkan satu lagi siri Perang Dunia di kawasan Timur Tengah.
Filem ini telah memulakan pengambarannya pada September tahun lalu dan telahpun selesai serta dalam proses post processing sebelum ditayangkan pada 15 September 2017 (dipawagam US)