Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

AMC Lancarkan Trailer Rasmi Siri Ketiga Francais “The Walking Dead”

Panas dari panel Walking Dead di New York Comic Con, AMC telah melancarkan trailer rasmi siri ketiga dalam dunia The Walking Dead meskipun ia masih belum mempunyai tajuk rasmi. Siri terbaru ini dijangka akan menemui penonton pada tahun hadapan, anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Menyertai The Walking Dead dan Fear the Walking Dead, siri ketiga ini akan berkisarkan tentang sekumpulan remaja, yang juga merupakan generasi pertama yang bangkit selepas kejatuhan peradaban akibat serangan zombi.

Siri ‘spinoff’ ini dibintangi Aliyah Royale (The Red Line) sebagai Iris, Annet Mahendru (The Americans) sebagai Huck, Alexa Mansour (Unfriended: Dark Web) sebagai Hope, Nicolas Cantu (The Amazing World of Gumball) sebagai Elton dan Hal Cumpston (Bilched) sebagai Silas.

Penggambaran sedang dijalankan sehingga November ini, dan dijangka akan menemui penonton pada 2020.

https://youtu.be/SIGWqFsvJ5w

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment