You are here Home » AMC Lancarkan Teaser Trailer Pertama Siri Terbaru “The Walking Dead”

AMC Lancarkan Teaser Trailer Pertama Siri Terbaru “The Walking Dead”

AMC dan Skybound telah melancarkan teaser trailer pertama siri televisyen ketiga yang ditetapkan dalam dunia The Walking Dead. Setakat ini, siri “spin off” itu masih belum mempunyai tajuk dan menurut ketua rancangan AMC, David Madden siri tersebut tidak akan menggunakan tajuk “The Walking Dead”.

Menyertai The Walking Dead dan Fear the Walking Dead, siri ketiga ini akan berkisarkan tentang sekumpulan remaja, yang juga merupakan generasi pertama yang bangkit selepas kejatuhan peradaban akibat serangan zombi. Anda boleh tonton teaser trailer dibawah.

Sinopsis:

“Some will become heroes. Some will become villains. In the end, all of them will be changed forever. Grown-up and cemented in their identities, both good and bad.”

Menurut pencipta bersama, Scott Gimple, siri terbaru ini akan berbeza dengan dua siri sebelumnya, dan ia akan membuka cerita baru dalam dunia The Walking Dead serta berbeza dari pelbagai aspek.

BACA:  3 Primeworks Studios Ke Pasaran Global

“We’re trying to open up these new worlds of The Walking Dead to show different corners, different tones, different aspects. Hopefully they compliment one another.”

Siri televisyen ini akan dibintangi Aliyah Royale (The Red Line) sebagai Iris, Annet Mahendru (The Americans) sebagai Huck, Alexa Mansour (Unfriended: Dark Web) sebagai Hope, Nicolas Cantu (The Amazing World of Gumball) sebagai Elton dan Hal Cumpston (Bilched) sebagai Silas.

Penggambaran akan dijalankan sehingga November ini, dan dijangka akan menemui penonton pada 2020.

Loading...