
Pada November tahun lalu, pelakon Amber Heard mengesahkan bahawa dia akan kembali sebagai Mera dalam “Aquaman 2″, walaupun pada ketika itu terdapat khabar angin mengenai pemecatannya.
Kini, khabar angin tersebut kembali berputar dikalangan peminat selepas terdapat laporan yang mengatakan Warner Bros. telahpun memecat pelakon itu kerana melanggar kontrak, dan mereka kini mencari pelakon baru untuk memainkan watak Mera.
Khabar angin tersebut bagaimanapun mendapat reaksi wartawan The Hollywood Reporter, Ryan Parker yang mendedahkan pekara sebenar disebalik laporan pemecatan Heard.
Dalam satu perkongsian di laman Twitter, Parker memberitahu bahawa laporan pemencatan Heard dari “Aquaman 2” adalah tidak benar.
Told by a reliable source that reports of Amber Heard being fired off 'Aquaman 2' are inaccurate.
— Ryan Parker (@TheRyanParker) February 28, 2021
Setakat ini, Amber Heard masih lagi kekal sebagai Mera, tetapi petisyen yang mahu dia dipecat dari “Aquaman 2” sudah menjangkau lebih 2 juta tandatangan. Apapun, segalanya bergantung pada pihak studio sama ada terus menyimpan Heard atau menggantikannya dengan pelakon lain.
Jadi kepada peminat, adakah anda mahu melihat Heard dalam “Aquaman 2”? kongsikan pendapat anda diruangan komen.
Sumber: Comicbookmovie