Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Amber Heard Tak Sabar Untuk Kembali Dalam Filem AQUAMAN 2

Sejak beberapa bulan ini, terdapat banyak spekulasi mengenai peranan Amber Heard dalam filem sekuel Aquaman 2. 

Laporan yang tidak disahkan telah tersebar di media sosial dan internet yang mengatakan bahawa pelakon itu tidak mungkin kembali sebagai Mera dalam filem superhero Aquaman 2 akan datang, dan ada juga yang mencadangkan agar dia diganti.

Namun, spekulasi itu disangkal oleh Heard;

“I’m super excited about the amount of fan love and the amount of fan appreciation that Aquaman has acquired and that it has garnered so much excitement for Aquaman and Mera that it means we’ll be coming back, I’m so excited to film that.”

Jika tiada sebarang perubahan, berkemungkinan besar Heard akan kembali sebagai Mera buat kali ketiga dalam filem Aquaman 2. Bagaimanapun, pengesahan aktres itu membuatkan banyak peminat tidak senang, terutamanya mereka yang menyokong Depp dalam kes saman fitnah terhadap Heard. 

Sejak terbongkarnya permainan kotor Heard terhadap Depp, sebuah petisyen di Change.org telah diwujudkan peminat, yang mahu Heard dipecat dari Aquaman 2, dan sehinggakini lebih 1 juta tandatangan telah diperolehi. Petisyen itu mendapat perhatian Heard, dan ini pendapat mengenainya:

“Paid rumors and paid campaigns on social media don’t dictate [casting decisions] because they have no basis in reality. Only the fans actually made Aquaman and Aquaman 2 happen. I’m excited to get started next year.”

Susulan kejayaan filem pertama Aquaman pada 2018, sebuah sekuel telah dirancang dan akhirnya disahkan secara rasmi oleh Warner Bros. Amber Heard dan Jason Momoa dikhabarkan akan meneruskan peranan masih-masing sebagai Mera dan Arthur Curry  / Aquaman, begitu juga Yahya Abdul-Mateen II sebagai Black Manta. Selain itu, dijangkakan Patrick Wilson turut kembali sebagai Ocean Master.

Penulis lakonlayar filem pertama, David Leslie Johnson-McGoldrick kekal sebagai penulis untuk sekuel akan datang, manakala James Wan dijangka kembali ke kerusi pengarahan. Amber Heard mendedahkan, produksi dijadualkan bermula pada 2021, namun bergantung pada situasi pandemik. 

Sumber: Cinemablend

 

Related posts

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment