Berita

Amber Heard Berhadapan Hukuman Penjara Jika Didapati Bersalah Memalsukan Bukti

Views

Selepas bertemu ketika penggambaran filem The Rum Diary pada 2011, Amber Heard dan Johnny Depp akhirnya berkahwin pada 2015. Namun perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila kedua-dua bercerai setahun kemudian, dan Depp diperintahkan sekatan sementara oleh mahkamah untuk tidak mendekati Heard selepas didakwa menyerang bekas isterinya.

Tuduhan tersebut menyebabkan ikon Pirates of the Caribbean itu menerima kecaman peminat sehingga menjejaskan kariernya. Bagaimanapun, segalanya berubah selepas Depp mendedahkan pekara sebenar dengan mengemukakan bukti bahawa Heard memalsukan kecederaannya, dan menyatakan dia adalah mangsa.

Depp kini menyaman bekas isterinya itu dengan tuntutan sebanyak $50 juta selepas bekas isterinya itu menfitnah Depp dengan mengatakan dia didera secara fizikal.

Menurut sumber dari International Business Times, terdapat bukti yang mengatakan bahawa Heard mungkin menipu kecederaannya. Depp mendakwa, Heard telah menggunakan alat solek untuk melukis kesan lebam pada wajahnya.

Dakwaan Depp dikuatkan lagi dengan kenyataan jurusolek Heard, Samantha McMillen yang menyatakan bahawa dia tidak nampak sebarang kecederaan pada wajah aktres tersebut.

BACA:  Review Filem: The Jack In The Box (2019)

“Sepanjang hari 16 Disember 2015, saya dapat melihat dengan jelas bahawa Amber Heard tidak mempunyai sebarang tanda, luka, atau kecederaan pada mukanya atau mana-mana bahagian badannya.”

Jika Heard disabitkan kesalahan, dia berkemungkinan akan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan memalsukan bukti.

Berdasarkan undang-undang di California, adalah menjadi satu kesalahan jika memalsukan kecederaan terutamanya jika ingin memohon Perintah Sekatan Sementara. Hukuman maksimum untuk kesalahan tersebut adalah tiga tahun penjara, dan bergantung kepada hakim, Jika dakwaan Depp terbukti benar, Heard berhadapan dengan tindakan mahkamah, dan akan menjejaskan perancangan filem Aquaman 2.

Tinggalkan Balasan

shares