Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Amazon Prime Video Lancar Trailer Terakhir “The Tomorrow War”

Amazon Prime Video telah melancarkan trailer terakhir filem aksi sci-fi arahan Chris McKay, The Tomorrow War, lakonan Chris Pratt, Yvonne Strahovski dan J.K Simmons. Video itu menampilkan rakaman terbaru yang penuh aksi, menyoroti watak lakonan Pratt dan Simmons, yang menyertai pasukan tentera dan pergi ke masa hadapan untuk menghentikan pencerobohan makhluk asing. 

Filem terbaru ini akan tersedia untuk di strim pada 2 Julai 2021. Anda boleh tonton trailer tersebut dan lihat poster terbaru dibawah.

Dalam The Tomorrow War, dunia dikejutkan dengan kedatangan sekumpulan penggembara masa yang tiba dari tahun 2051 untuk menyampaikan pesanan terdesak: “Tiga puluh tahun di masa depan, umat manusia kalah dalam perang global menentang pencerobohan makhluk asing yang sangat menakutkan”.

Satu-satunya harapan untuk bertahan adalah membawa tentera dan orang awam dari masa kini pergi ke masa hadapan dan menyertai pertempuran. Di antara mereka yang direkrut adalah guru sekolah menengah dan ketua keluarga Dan Forester. Bertekad untuk menyelamatkan dunia untuk anak perempuannya yang masih muda, Dan bekerjasama dengan seorang saintis yang cemerlang dan ayahnya dalam usaha terdesak untuk mengubah semula nasib planet ini.

Menyertai Chris Pratt sebagai Dan Forester adalah J.K. Simmons (Whiplash), Yvonne Strahovski (The Handmaid’s Tale), dan Betty Gilpin (G.LO.W.). Projek ini menandakan kerjasama terbaru Pratt dengan Amazons kerana dia kini sedang dalam produksi untuk adaptasi siri drama thriller Amazon Prime Video yang akan datang, The Terminal List.

Filem ini turut menampilkan Sam Richardson, Theo Von, Jasmine Matthews, Keith Powers, Mary Lynn Rajskub, Edwin Hodge, Mike Mitchell, Seychelle Gabriel, Alan Trong, Chibuikem Uche dan Alexis Louder.

The Tomorrow War diarahkan oleh Chris McKay (Robot ChickenThe Lego Batman Movie) berdasarkan skrip yang ditulis oleh Zach Dean (Deadfall24 Hours to Live). Filem ini sepatutnya untuk tayangan pawagam, tetapi telah ditunda beberapa kali disebabkan pandemik. Amazon telah mendapatkan hak pengedaran dari Paramount Pictures.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Leave a Comment