Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Amazon Lancarkan Teaser Trailer The Boys Musim Kedua

Amazon Prime telah melancarkan teaser trailer pertama siri superhero yang menjadi hit tahun, The Boys musim kedua yang memberikan preview yang sarat dengan aksi yang cukup ganas. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Bayangkan apabila adiwira menjadi popular seperti selebriti, dapat mempengaruhi politik, diangkat sebagai dewa dan yang paling menakutkan, menyalahgunakan kelebihan mereka sebagai adiwira untuk kepentingan diri sendiri. The Boys mengisahkan tentang sekumpulan individu biasa yang berusaha membongkar kebenaran tentang sekumpulan adiwira yang korup dikenali sebagai “The Seven”.

Adaptasi dari komik berjudul sama ciptaan Garth Ennis dan Darick Robertson, siri televisyen The Boys menjanjikan rancangan yang ganas, suram dan menakutkan dalam membongkar sisi jahat adiwira.

The Boys dibintangi Karl Urban sebagai Billy Butcher, Jack Quaid sebagai Hughie, Laz Alonso sebagai Mother’s Milk, Tomer Kapon sebagai Frenchie, Jennifer Esposito sebagai Ejen CIA Susan L. Rayner, dan Karen Fukuhara sebagai the Female. Elisabeth Shue turut membintangi siri ini bersama-sama Erin Moriarty, Antony Starr, Dominique McElligott, Jessie T. Usher, Chace Crawford, dan Nathan Mitchell.

Musim pertama boleh distrim di platform Amazon Prime Video

Related posts

Trailer Money Heist Musim Ke-5 Bab. 1: Menyerah Diri Bukanlah Pilihan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

Rosa Salazar Mahu Membalas Dendam Dalam Trailer “Brand New Cherry Flavor”

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Kedua “Sweet Tooth”

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment