
Bulan hadapan, siri buku komik Robert Kirkman “Invincible” akan menjadi drama animasi terbaru di Amazon Prime. Seperti komik asalnya, ‘Invincible’ mengekalkan grafik aksi keganasan superhero … serta beberapa ‘twist’ yang mengejutkan.
Amazon telah melancarkan trailer terbaru “Invincible” yang mengikuti kisah Mark Grayson sebelum dia menjadi superhero, anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.
Dia adalah anak kepada Omni-Man, pahlawan terhebat di dunia. Namun, mendapatkan kuasa bukanlah semua yang diimpikan oleh Mark. Dan kehidupan Mark akan berubah selamanya setelah dia mengetahui lebih banyak mengenai asal usul ayahnya.
“Invicible” adalah siri animasi asli Amazon yang berdasarkan komik berjudul sama dari Robert Kirkman, pencipta “The Walking Dead”.
Siri satu jam ini turut dibintangi Sandra Oh, Zazie Beetz, Gillian Jacobs, Zachary Quinto, Jason Mantzoukas, Melise, Mark Hamill, Mahershala Ali, Seth Rogen dan ramai lagi.
Tiga episod pertama siri animasi ini akan ditayangkan di Amazon Prime pada Jumaat 26 Mac. Episod baru akan menyusul setiap minggu selepas itu.