
Amazon Prime Video telah melancarkan trailer rasmi filem psikologikal sci-fi romantik arahan Mike Cahill, Bliss, yang menampilkan Owen Wilson ketika wataknya sukar untuk membezakan realiti dan fantasi.
Turut membintangi filem ini adalah calon Oscar, Salma Hayek. Bliss akan tersedia di Amazon Prime Video mulai Jumaat, 5 Februari 2021. Anda boleh tonton trailer Bliss dibawah.
Bliss mengisahkan Greg (Wilson) yang baru bercerai – yang hidupnya berantakan – bertemu dengan Isabel (Hayek), seorang wanita yang tinggal di jalanan dan yakin bahawa dunia yang tercemar dan rosak adalah tidak benar. Dia percaya bahawa mereka hidup dalam simulasi dunia yang jelek dan kasar di dalam dunia kebahagiaan yang indah dan damai. Ragu pada mulanya, Greg akhirnya mendapati mungkin teori konspirasi liar Isabel ada benarnya.
Filem ini turut dibintangi Madeline Zime (Heroes), Deron Horton, Jorge Lendeborg Jr. (Love Simon), Joshua Leonard (The Blair Witch Project), Nesta Cooper (The Edge of Seventeen), Steve Zissis (Her) dan Dayne Catalano.