Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Amazon Bangunkan Siri Aksi Langsung ‘Spider-Man Noir’


Amazon dilaporkan sedang membangunkan siri aksi langsung Spider-Man Noir, menurut Variety.

Siri Spider-Man Noir yang masih belum mempunyai tajuk itu akan berlatarkan dalam dunianya sendiri pada era 1930an di kota New York. 

Watak utama digambarkan sebagai “wira yang lebih tua, beruban”, tetapi bukan Peter Parker. Siri yang akan dibangunkan Amazon itu menyimpang daripada sumber asal, kerana kebanyakan cerita komik berasaskan versi Noir Peter Parker, bukan orang yang berbeza. 

Oren Uziel, individu disebaik filem The Lost City dan Mortal Kombat, akan menjadi penulis dan penerbit eksekutif untuk siri itu.

Penerbit Spider-Man: Into the Spider-Verse, Phil Lord dan Christopher Miller, serta penerbit Amy Pascal, turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif dan akan terlibat dalam pembangunan siri bersama Uziel. 


Ini merupakan projek Spider-Man terbaru Amazon selepas mengumumkan perancangan siri Silk: Spider Society pada tahun lalu. 

Spider-Man Noir pertama kali muncul pada tahun 2009 sebagai sebahagian daripada barisan cerita Marvel Comics Marvel Noir, yang membayangkan semula watak Marvel sebagai watak jenayah noir dalam era Kemelesetan Besar.

Watak Spider-Man Noir terus muncul dalam pelbagai medium lain, termasuk Spider-Man: Into the Spider-Verse, di mana dia dimainkan oleh Nicholas Cage, siri animasi Ultimate Spider-Man, dan permainan video 2010 Spider- Man: Shattered Dimensions, di mana dia dilakonkan oleh Christopher Daniel Barnes.


Related posts

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee

Marvel Studios Lancarkan Trailer Terbaru ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Guardians of the Galaxy Vol. 3 Akan Tersedia Di Disney+ Hotstar Pada Ogos Ini

Kakimuvee