Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Amanda Seyfried Sahkan Akan Berlakon Dalam Mamma Mia 2


Aktres Amanda Seyfried sahkan yang dia akan kembali dalam sekuel filem musikal, Mamma Mia: Here We Go Again! dengan membawakan watak anak kepada Donna lakonan Meryl Streep iaitu Sophie.

Meryl Streep dan Amanda Seyfried berjaya menambat hati penonton apabila filem musikal berkenaan ditayangkan pada 2008 dan filem berkenaan berada di carta box office dengan begitu lama.

Sekuel filem Mamma Mia diumumkan beberapa minggu lepas dan sedang dalam proses pembikinan serta dijangka akan ditayangkan pada Julai 2018. Pengarah flem Ol Parker akan mengarahkan filem ini. Universal bagaimanapun tidak mengumumkan samada pelakon asal akan kembali dalam filem kedua ini, tetapi berita terbaru dari studio berkenaan mengesahkan sekurang-kurangnya satu pelakon asal akan kembali membintangi sekuel kali ini.

Menurut laman web Deadline, Seyfried secara rasmi menandatangi kontrak untuk berlakon dalam Mamma Mia: Here We Go Again!, Streep bagaimanapun belum disahkan akan kembali atau tidak, tetapi terdapat khabar angin yang mengatakan Streep mungkin akan turut berlakon tetapi hanya membawa watak kecil untuk filem kali ini.

Mamma Mia 2008

Pierce Brosnan pula dijangka mungkin kembali memandangkan dia memuatnaik gambarnya berlakon dalam filem sebelum di mana Instagram nya.


Mamma Mia merupakan teater Muzikal dan pertama kali dipertontonkan kepada umum pada tahun 1999 di London. Pada tahun 2008, teater muzikal berkenaan diangkat menjadi sebuah filem dan menerima 55% rating di Rottentomatoes serta berjaya mengaut kutipan tiket sebanyak $753 juta.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

[Trailer] Amanda Seyfried Bintangi Filem Seram Terbaru Netflix “Things Heard & Seen”

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd