Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Alyson Hannigan Bintangi Filem ‘Live Action’ Kim Possible

Awal tahun ini, Disney Channel telah mengumumkan bahawa mereka akan menghasilakn sebuah filem ‘live-action’ adaptasi dari siri animasi popular Kim Possible. Sejak dari itu beberapa pelakon telah dipilih antaranya Sadie Stanley dan Sean Giambrone, yang akan membawakan watak Kim Possible dan Ron Stoppable. 

Terbaru Alyson Hannigan telah disahkan akan membintangi filem live action berkenaan. Bekas pelakon Buffy the Vampire Slayer dan How I Met Your Mother itu akan membawakan watak Dr. Ann Possible, ibu kepada Kim Possible.

Selain itu juga Connie Ray dan Tood Stashwick turut membintangi filem ini.

Dijangkakan, Kim Possible akan memulakan penggambarannya pada musim panas ini di Vancouver dan akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Kim Possible merupakan sebuah animasi popular yang diterbitkan sekitar tahun 2002 sehingga 2007. Siri animasi ini mendapat respond positif dari para pengkritik dan penonton berdasarkan dialognya yang bijak, humornya yang menjadi serta animasinya sendiri. Bagaimanapun, disebabkan reputasinya yang baik, mereka bimbang kehebatan animasi Kim Possible tidak dapat diterjemahkan dengan baik dalam filem live action nanti.

Setakat ini, Disney masih belum mengumukan tarikh rasmi tayangan Kim Possible 

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment