You are here Home » “Alternate Post-Credit” Iron Man Paparkan Nick Fury Merujuk “Spider-Man” & “Mutant”

“Alternate Post-Credit” Iron Man Paparkan Nick Fury Merujuk “Spider-Man” & “Mutant”

Semasa di majlis Saturn Awards Jumaat yang lalu, presiden Marvel Studios Kevin Feige mengesahkan bahawa set “Infinity Saga” akan turut menampilkan beberapa babak yang dipotong dan babak alternatif yang tidak pernah dipertontonkan kepada peminat.

Menerusi video yang dikongsikan oleh laman @DiscussingFilm, Kevin Feige memberi sedikit penerangan tentang set “Infinity Saga” sebelum ianya diakhiri dengan rakaman dari babak ‘post credit’ Iron Man yang agak ‘mind-blowing’.

Dalam rakaman tersebut, Nick Fury telah berjumpa dengan Tony Stark dan menyebut ‘serangga radioaktif’ serta ‘mutant’ sebelum menyatakan tujuannya untuk mewujudkan Avengers Initiative. Agak menarik sebenarnya, kerana pada waktu ini karakter Spider-Man dimiliki Sony dan X-Men dikuasai oleh Fox.

Berdasarkan rakaman ini, Feige menjangkakan ‘crossover’ diantara  filem Marvel Studios dengan karakter Spider-Man dan X-Men mungkin akan berlaku suatu hari nanti, seperti ‘crossover’ diantara Spider-Man (filem arahan Sam Raimi) dan Iron Man atau X-Men dan Avengers. Jadi rakaman tersebut mungkin dibuat sekadar ‘main-main, dan.. siapa sangka, jangkaan tersebut menjadi kenyataan.

BACA:  10 Aktres Lasak Dalam Dunia Hollywood

Marvel Studios berjaya mendapat akses menggunakan karakter Spider-Man dalam MCU walaupun untuk jangkamasa yang pendek selepas bekerjasama dengan Sony Pictures, dan kini hakmilik X-Men pula telah berjaya dipulangkan kepada Marvel Studios selepas Disney membeli Fox.

Ini baru satu ‘alternate post-credit’, agaknya ada berapa banyak lagikah babak-babak seperti ini akan ditunjukkan dalam set “Infinity Saga”

Loading...