Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Along With The Gods : The Two Worlds Review


Filem yang mencatat rekod dengan disaksikan seramai 10 juta orang dalam hanya 15 hari tayangannya di Korea yang ditayangkan pada 22 Disember 2017 (tayangan di Malaysia, 18 Januari 2018). Di adaptasi dari webtoon “Along With The Gods” karya Joo Ho-min, menceritakan kisah dongeng rakyat Korea iaitu tentang “7 pintu gerbang” penting di alam barzakh.

Filem ini bermula apabila watak utama Kim Ja-hong (Cha Tae-hyun), seorang bomba yang telah meninggal dunia semasa menyelamatkan mangsa kebakaran, mendapati dirinya diiringi oleh dua orang pengawal/pegawai yang merupakan “pekerja alam barzakh” ke alam barzakh dengan menaiki ‘subway’.

Disebabkan semasa hidup Ja-hong banyak menolong orang lain dan berbuat baik, dia dianggap contoh tauladan (paragon/role model) dan disambut meriah di alam barzakh. Seorang peguambela dilantik untuk setiap orang yang meninggal dunia, dan memutuskan sama ada mereka pergi ke syurga atau neraka. Jika Ja-hong ingin dilahirkan semula, dia harus menghadiri perbicaraan 7 pengadilan dalam tempoh 49 hari.

7 dewa di 7 pengadilan itu akan mengadili Ja-hong atas perbuatannya berdasarkan dosa apa yang sudah dilakukannya sepanjang kehidupannya di dunia antaranya kemalasan, ketidakjujuran, ketidakadilan, pengkhianatan, keganasan dan kederhakaan. Ja-hong pun bertekad mengharungi ketujuh pengadilan ini kerana dia ingin dilahirkan semula dan bertemu lagi dengan ibunya yang bisu.

Ada ramai cameo yang padu dalam filem ini seperti Lee Jung-jae, Oh Dal-su dan D.O Exo.


…………………
CGI yang dipaparkan dalam filem ini agak sedaplah juga mata memandang. Landskap alam barzakh yang luas dicipta dengan terperinci dan mempersonakan yang dihasilkan melalui janaan komputer oleh Dexter Studios, salah satu studio produksi dan studio kesan khas terbesar di Asia dengan peruntukan sebanyak RM 144.1 juta.

Watak-watak lakonan dalam filem ini semuanya sama rata je mutu lakonannya, tidak ada yang lebih dan kurang. Keupayaan filem ini yang mampu membuat penonton ketawa dan menangis, dengan perasaan dan emosi berbolak-balik dalam hanya beberapa saat je, dari humor, serius dan ke perasaan yang mencengkam dada, filem ini menyentuh nilai-nilai sensitif yang sangat membangkitkan nilai-nilai kemanusiaan, kasih sayang sesama adik beradik dan kepatuhan seorang anak.

Pesanan moral yang ingin disampaikan dalam filem ini ialah bagaimana kita bersyukur dalam menghargai kehidupan dan setiap peluang yang diberikan kepada kita, khususnya membahagi masa dengan keluarga dan orang terdekat yang kita sayang, kerana bila-bila masa je riwayat hidup kita boleh berakhir tanpa amaran. Jangan lupa tisu kalau tengok filem ini, biasalah filem Korea hujung-hujung cerita memang penuh dengan emosi, so standby!!

Rating Kakimuvee: 8/10


Related posts

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee