Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Along With The Gods Berada Ditangga Pertama Carta Box Office Malaysia


Filem blockbuster Korea Selatan, Along With The Gods berada ditangga pertama carta box office Malaysua dan menyingkirkan filem seram Hollywood, Insidious: The Last Key ke tangga kedua

Filem Korea itu mula memasuki Malaysia pada 18 Januari yang lalu dan terus berada ditangga pertama carta box office tempatan walaupun dicabar hebat beberapa filem Hollywood yang lain seperti 12 Strong, Den of Thieves dan Downsizing.

Along with the Gods telah ditayangkan di Korea pada 22 Disember yang lalu dan telah mencipta rekod dengan disaksikan seramai 10 juta orang dalam hanya 15 hari tayangannya. Filem yang diarahkan oleh Kim Yong-hwa serta dibintangi oleh Kim Ja-hong, Kim Dong-wook, Do Kyung-soo, Lee Joon-hyuk, Kim Su-an, Lee Jung-jae dan Kim Ha-neul ini.

Sementara itu, Insidious: The Last Key jatuh ditangga kedua selepas berada ditangga pertama sejak mula ditayangkan pada 4 Januari. Manakala filem lakonan Liam Neeson kekal berada ditangga ketiga carta Box Office tempatan.

Berikut adalah kedudukan carta Box Office tempatan pada minggu lalu.


1. Along With The Gods: The Two Worlds
2. Insidious: The Last Key
3. The Commuter
4. 12 Strong
5. Jumanji: Welcome to the Jungle
6. Den of Thieves
7. The Greatest Showman
8. Thaanaa Serndha Koottam
9. Downsizing
10. Ayat-Ayat Cinta 2

Sumber: Cinema Online


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee