Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Alita Battle Angel Dijangka Raih Lebih $130 Juta Dolar Seluruh Dunia

Sejak ditayangkan pada 9 Februari yang di Malaysia dan beberapa negara seluruh dunia, filem arahan Robert Rodriguez, Alita Battle Angel dijangka akan berjaya meraih lebih $94 juta dolar untuk pasaran antarabangsa dan $36 juta untuk pasaran Utara Amerika.

Filem adapatasi manga itu telahpun ditayangkan di Amerika Syarikat 14 Februari yang lalu dan penganalisis menjangkakan Alita Battle Angel akan berjaya meraih lebih $130.8 juta dolar seluruh dunia untuk minggu kedua.

Alita Battle Angel juga dijangka akan dapat mengatasi modal pembikinan sebanyak $180 juta dolar apabila mula ditayangkan di China dan Jepun pada 22 Februari ini.

Alita Battle Angel dibintangi Rosa Salazar yang membawakan watak utama Alita. Beliau turut dibantu Christoph Waltz, Jennifer Connelly, Mahershala Ali, Ed Skrein, Jackie Earle Haley dan Keean Johnson.

Related posts

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Hari Disney+ Hotstar Bakal Disambut pada 12 November Dengan Kandungan Baharu, Pengalaman Khas Untuk Peminat, Dan Lebih Lagi

Kakimuvee

Tv Spot Eternals Dedah Deviants Telah Berevolusi

Kakimuvee

Filem The Trench Yang Dibatalkan WB Adalah Filem Rahsia Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment