Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Alita: Battle Angel 2 Mungkin Akan Dihasilkan Di Disney+” – Robert Rodriguez

Ketika ditemubual Forbes baru-baru ini, pengarah Robert Rodriguez memberitahu bahawa dia merasakan Alita: Battle Angel 2 mungkin berlaku di Disney+, yang mana ia merupakan berita baik kepada peminat yang menyukai filem aksi sci-fi terbitan James Cameron. 

“I think anything is possible,”

“Disney bought Fox, and they have Disney+, so that is worth the conversation. I know other people would love to see another, and I would love to do another one. As far as where it would go or how it would be made, I think streaming has opened up many opportunities such as sequels. It’s already a pre-sold concept, it’s already got a built-in audience that wants to see it, and then it’s delivered to them in a way that’s the easiest for them to consume. So, it’s not a bad idea.”

Alita mungkin berfungsi lebih baik sebagai siri TV terhad, yang dapat terus memasuki dunia futuristik tanpa batasan. Mudah-mudahan, ini berlaku kerana filem pertama telah membuktikan bahawa ia sebenarnya cukup hebat.

Pembikin filem hebat James Cameron (Avatar) dan Robert Rodriguez (Sin City) telah mencipta heroin baru yang inovatif di Alita: Battle Angel, kisah penuh harapan, cinta dan kekuasaan. Ditetapkan beberapa abad di masa depan, Alita (Rosa Salazar) dijumpai di ruang besi Iron City oleh Ido (Christoph Waltz), seorang doktor siber yang penyayang yang membawa Alita, yang tidak sedarkan diri, ke kliniknya. Ketika Alita terbangun, dia tidak mengingati siapa dirinya, dan dia juga tidak mengenali dunia disekelilingnya.

Alita: Battle Angel turut dibintangi Jennifer Connelly (Top Gun: Maverick), pemenang Anugerah Academy Mahershala Ali (Green Book), Ed Skrein (Deadpool) dan Jackie Earle Haley. 

Diarahkan oleh Robert Rodrifguez, filem ini diutlis James Cameron bersama-sama Laeta Kalogridis dan Rodriguez. Berdasarkan dari siri novel grafik Gunnm oleh Yukito Kishiro, Alita Battle Angel diterbitkan Cameron dan Jon Landau.

Related posts

Disney+ Hotstar Wujudkan Media Sosial Untuk Pasaran Malaysia!

Kakimuvee

No Time To Die, A Quiet Place Part II, Morbius Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Leave a Comment

Add your own review

Rating