Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Aliff Syukri Tidak Kisah Bayaran Untuk Berlakon


Usahawan komestik terkenal yang kini boleh digelar penyanyi dan pelakon, Datuk Seri Aliff Syukri berkata, beliau tidak bersikap ‘demand’ dalam soal bayaran apabila diminta berlakon. Malah beliau juga mendedahkan, bayaran untuk beliau berlakon sama seperti pelakon baru yang lain.

Aliff Syukri mendedahkan pekara berkenaan kepada akhbar mStar.

“Saya berlakon suka-suka sahaja tapi banyak pula tawaran. Saya tidak boleh ambil semua kerana tiada masa yang banyak untuk itu. Bayaran saya untuk berlakon tidak banyak macam pelakon baru dapat. Dalam RM1,000 lebih sahaja untuk satu drama atau satu episod,”

Aliff mula menceburkan diri dalam bidang lakonan selepas mendapat tawaran berlakon dalam filem adiwira berjudul Badang arahan Professor Datuk A. Razak Mohaideen malah beliau juga muncul dalam drama berjudul Toyol ke London yang ditayangkan di saluran Astro Ria bulan lalu.

Dalam filem Badang, Aliff telah bergandingan dengan Fasha Sandha sebagai pelakon utama dan filem tersebut bakal menemui penonton di seluruh negara bermula 15 Februari depan.


Selain berlakon, Aliff juga turut menceburkan diri dalam bidang nyanyian yang mana dia baru sahaja muncul dengan single berjudul “Abang Nak Tegur” duet bersama ahli perniagaan kosmetik, Nur Sajat yang mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Beliau juga kini dalam perancangan untuk menghasilkan single kedua tidak lama lagi.

Sumber: mStar, Cinema Online


Related posts

Dr Soo Wincci Cuba Tembusi Hollywood

Kakimuvee

Apa Kata Selebriti Selepas PRU 14 Semalam

Is Mohd

MBO Bakal Dibuka di Kempas, Johor & Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya

Is Mohd

Penggambaran Filem Abang Long Fadil 3 Akan Bermula Selepas Raya

Is Mohd

Que Haidar Masih Aktif Berlakon Tetapi Selektif

Is Mohd

Mawi Kini Bergelar Pengarah, Bakal Muncul Dengan Filem Sulungnya

Is Mohd