Slot Tempatan

Alif Satar Bintangi Filem BAKARA 

Views

Pelakon dan penyanyi popular Alif Satar telah dipilih untuk membintangi filem aksi ketenteraan, Bakara yang diarahkan Adrian Teh.

Menurut Alif, dia akan memainkan watak sebagai wira negara yang terkorban ketika pertempuran di Pasar Bakara Mohadishu, Somalia pada 1993.

"Naskhah ini ada kaitan dengan filem terbitan Hollywood berjudul "Black Hawk Down". Cuma, bezanya filem "Bakara" mengambil sudut pandangan tentera Malaysia yang terbabit dalam peristiwa bersejarah, manakala "Black Hawk Down" memaparkan pertempuran membabitkan tentera Amerika Syarikat.

"Saya sangka mereka pilih saya kerana pernah terbabit dalam sukan ekstrem, Ironman ketika ditawarkan watak ini. Namun, akhirnya saya tahu kenapa dipilih. Saya terharu kerana dikatakan mempunyai persamaan dari segi fizikal.

"Watak Prebet Aznan memerlukan saya bermain dengan emosi," 

Selain Alif, filem yang bakal menelan belanja kira-kira RM20 juta ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air lain seperti Bront Palarae, Remy Ishak, Hairul Azreen, Fauzi Nawawi dan Shaheizy Sam.

Dalam pada itu, kesemua barisan pelakon akan mula menjalani latihan ketenteraan bermula selama dua bulan bermula April ini sehingga Jun, sebelum masuk ke set penggambaran pada bulan Jun.

Penggambaran filem ini akan dilakukan di sekitar Malaysia dan Turki. Bakara bakal menemui penonton pada Hari Kemerdekaan ke-64 iaitu 31 Ogos 2021.

Sumber: Cinema Online

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks