Setelah Scott Ridley meninggalkan filem Prometheus dengan pelbagai persoalan terhadap penonton, kini beliau kembali lagi dengan filem sekuel Prometheus, iaitu Alien: Convenant yang akan ditayangkan pada 19 Mei 2017 akan datang.
Alien: Covenant adalah filem kedua dalam siri prekuel filem Alien dan juga filem keenam dalam keseluruhan frainchais siri filem Alien. Tiga daripada enam siri Alien tersebut diarahkan oleh Scott Ridley.
Filem ini telah memulakan pengambaran pada Januari 2016 yang lalu dengan beberapa nama yang familiar dalam filem Prometheus seperti Michael Fassbender, Noomi Rapace dan Guy Pearce kembali membawa watak-watak mereka dalam siri sekuel ini.
Manakala beberapa muka baru untuk filem ini ialah Katherine Waterston, Billy Crudup, Danny McBride, Demian Bichir dan James Franco. Mereka telah selesai pengambaran mereka pada Julai 2016 dan yang terbaru mereka telah melancarkan trailer pertama filem ini.
Dalam filem Prometheus sebelum ini, krew Prometheus telah mengembara ke angkasa lepas untuk mencari asal usul manusia, namun ekspedisi mereka bertukar menjadi malapetaka apabila terpaksa bertarung dengan makhluk asing dan menghalang makhluk asing tersebut terbang ke bumi dan memusnakan hidupan di planet tersebut.
Menurut pengarah filem Alien: Covenant Scott Ridley, sekuel kali ini akan menunjukan destinasi yang dituju oleh salah seorang watak dalam filem sebelum ini iaitu Shaw. Diakhir filem Prometheus ada menunjukan Shaw telah memandu kapal angkasa makhluk asing dan menujuk ke planet asal mahkluk tersebut untuk mencari sebab mengapa makhluk tersebut mahu membunuh manusia di bumi.
Timeline Alien: Covenant dihasilkan selepas 10 tahun insiden yang berlaku terhadap krew Prometheus dan menurut pengarah filem, segala persoalan yang timbul dalam filem sebelum ini akan terjawab dalam sekuel akan datang.
Filem ini bakal mengisahkan krew kapal Covenant terdampar disebuah planet yang begitu merbahaya dan ganas. Disana mereka telah menemui android yang dikenali sebagai David (lakonan Michael Fassbender), salah seorang mangsa krew ekspedisi Prometheus yang terselamat.
Alien: Covenant akan menemui penonton pada 19 Mei 2017 akan datang.
Official Trailer: