Review

Alien: Covenant Review

Views

Hampir 7 tahun menunggu sekuel prequel franchise siri Alien arahan Ridley Scott ini. Ramai peminat menunggu untuk melihat apa yang terjadi pada crew Prometheus yang terselamat iaitu David dan Dr. Elizabeth Shaw yang dikatakan menuju ke tempat asal usul bangsa Engineer bagi mencari jawapan kenapa bangsa tersebut mahu menghancurkan bangsa Manusia di Bumi.

Bangsa Manusia yang sedang diambang kepupusan telah membuat keputusan untuk meninggalkan Bumi yang semakin rosak dan mengembara ke angkasa untuk mencari Planet yang sesuai untuk didiami oleh mereka.

Pada asalnya mereka menunju ke sebuah Planet yang telah ditetapkan sebelum berlepas ke angkasa, tetapi mereka menemui sebuah planet yang tidak terdapat dalam peta mereka dan mereka dapati planet tersebut dianggap sebagai syurga oleh mereka kerana sangat sesuai untuk didiami. Tetapi mereka tidak mengetahui bahawa salah seorang krew Prometheus telah menunggu mereka untuk menjalankan visinya setelah lama terkandas di Planet yang pernah diduduki oleh Bangsa Engineer.

Ridley Scott menjanjikan siri prekuel Alien akan kekal sebagai klasifikasi R-Rated, dan Covenant mengotakan janjinya. Walaupun memaparkan babak-babak badan yang dikoyak-koyak oleh Alien, bagi kami filem tersebut kurang keganasannya dan thrill berbanding filem-filem sebelum ini. Tetapi plot yang disampaikan cukup menarik walaupun beberapa plot filem ini telah dijangkakan oleh peminat-peminat filem Alien.

David yang sebelum ini manusia sentetik yang berkhidmat untuk manusia telah berubah menjadi robot yang mahu melihat kepupusan manusia. Sifatnya yang mula berubah telah menyebabkan dia bereksprimentasi terhadap ciptaan Engineer dan menaiktaraf ciptaan bangsa tersebut untuk menghasilkan satu makhluk yang cukup menakutkan iaitu xenomorph. Tetapi dia tidak mempunyai bahan ujikaji dan beliau berjaya mengumpan kapal angkasa Covenant untuk datang ke Planet yang didiaminya dan menjadi krew dan penghuni kapal angkasa tersebut sebagai host untuk menghasilkan ciptaan dengan lebih banyak.

Walaupun Alien: Covenant kurang aksi thrill nya, filem ini akhirnya telah menjawab persoalan mengenai asal usul Xenomorph yang sering memburu manusia dalam filem Alien era 70-90an serta mendedahkan pencipta Xenomorph dan tujuannya yang sememangnya mahu melihat kepupusan bangsa manusia.

Katherine Waterston sebagai Daniels

Lakonan dwi-watak oleh Michael Fassbender sebagai Walter dan David sangat mengagumkan terutamanyanya watak David yang kelihatan agak psiko dan menakutkan. Katherine Waterston juga menampilkan ciri-ciri pegawai pemerintah yang tidak gentar untuk berhadapan dengan makhluk yang menakutkan itu walaupun pada awal filem, karakternya tidak begitu menonjol dan dibayangi dengan watak Christopher Oram (Lakonan Billy Crudup).

Banyak element menarik dalam filem ini antaranya permandangan hutan di permulaan filem, sound skor filem, tone dan storyline. Cuma sayangnya aksi antara Manusia dan Xenomorph kurang mendebarkan, malah dipenghujung filem, pertembungan antara dua makhluk tersebut sangat singkat. Jika aksi-aksi thril lebih dipamer dalam filem ini, kami yakin rating untuk filem kedua siri prekuel Alien ini pasti lagi tinggi.

Rating:7.5/10

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks