*Amaran! Artikel ini mengandungi Spoiler untuk filem Alien: Covenant
Dalam filem Prometheus yang lalu, kita dapat melihat David dan Dr. Elizabeth Shaw telah berjaya melarikan diri dari LV-223 iaitu sebuah planet (atau bulan) dan menuju ke sebuah planet yang diduduki oleh Bangsa Engineer untuk mengentahui kenapa Engineer mahu memusnkahkan umat manusia.
Pada masa itu, David telah mengalami kerosakan dengan kepalanya terpisah dari badan selepas diserang oleh Engineer semasa krew Prometheus diserang oleh makhluk tersebut. Ending filem berkenaan telah meninggalkan satu persoalan dikalangan penonton apa yang berlaku pada kedua-dua “survivor” Prometheus dan nasib mereka dalam filem akan datang iaitu Alien: Convenant.

Baru-baru ini, di konvensyen Cinemacon yang bertempat di Las Vegas, pengarah filem Ridley Scott telah mendedahkan satu footage kepada penonton konvensyen berkenaan yang dipercayai dari salah satu babak filem terbaru Alien ini. Footage tersebut mengandungi persoalan mengenai personaliti android David yang dikatakan telah berubah.
Baca penerangan yang kami ambil dari Journalist Playlist yang telah menonton footage berkenaan (Note: Footage tersebut masih belum didedahkan dalam mana-mana laman web)
“The sneak began with the spacecraft from the last film arriving at the Engineers’ home world. Surprised, startled or curious about this ship’s arrival, hundreds of Engineers have gathered in what looks like a Roman or Greek coliseum for the ship to dock. As the Engineers look on, the base of the ship opens and we find David walking on a deck. He looks ragged, but fully operational in a complete body. Then, as the Engineer population looks on, a mass of black bombs fall from David’s ship. The crowd panics and tries to escape the arena but the bombs quickly explode and douse them with a black ooze that is sickeningly familiar. The Engineers are quickly transformed into hundreds (or would that be thousands?) of alien creatures as David watches from above satisfied with his…revenge?
We then jump to “present day” where David’s voice over (or is it younger model Walter’s voice?) describes how man believed they are gods and are leaving their planet seeking paradise in the stars. Walter (Fassbender) has no intention of letting that happen.”
Berdasarkan penerangan berkenaan, David yang sebelum ini mengalami kerosakan telah dibaikpulih memandangkan dia telah memiliki badannya sendiri dan telah berubah menjadi villain apabila melepaskan “black boom” kepada komuniti Enginner yang seterusnya mengubah mereka menjadi alien.

Persoalan lain juga timbul, apa yang sebenarnya terjadi pada Elizabeth Shaw? berdasarkan video terbaru yang dikeluarkan dalam laman Instagram alienanthology, Shaw mungkin telah dikhinati oleh David dan dijadikan bahan experiment oleh android terbabit sebelum mereka sampai ke koloni Engineer. Ini berdasarkan, krew kapal Convenant hanya menjumpai “dogtag” milik Elizabeth Shaw dalam kapal Engineer yang tersadai dan juga sarang alien.
https://www.instagram.com/p/BSci8qrFfH3/?taken-by=alienanthology
Kesan dari perbuatan dan experiment David ini, bukan sahaja memusnahkan sebuah tamadun di sebuah Planet, tetapi turut menyebabkan kewujudan alien Neo-Morphs dan Proto-Xenomorphs. Tambahan pula, tindakan David bukan sahaja bertujuan mahu memusnahkan Engineer malah dilihat seperti mahu menghapuskan umat manusia.
Apa yang menyebabkan David, yang merupakah sebuah android mempunyai perasaan untuk membunuh dan mengkhinati penciptannya iaitu manusia? Apa lagi experiment merbahaya yang dilakukan oleh android berkenaan? dan mungkinkah filem ini adalah permulaan sebenar trilogi Alien? Nantikan filem Alien: Covenant yang akan ditayangkan 19 May 2017.