Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Alice” & “Missing: The Other Side” Catat Rating Tertinggi, “Lie After Lie” Catat Peningkatan


Episod kedua drama terbaru Channel A, Lie After Lie mencatatkan peningkatan rating penonton dari 1.2 peratus (episod pertama) ke 2.6 peratus. Dibintangi Lee Yoo Ri dan Yeon Jung Hoon, Lie After Lie berkisar tentang Ji Eun-Soo (Lee Yoo Ri) yang berpura-pura mengahwini Kang Ji-Min (Yeon Jeong-Hun) semata-mata mahu menjadi ibu tiri kepada anak perempuannya yang sebenar. 

Drama OCN, Missing: The Other Side turut menikmati peningkatan penonton bagi setiap episod baru. Episod ketiga drama misteri fantasi lakonan Go Soo dan Ahn So Hee mencatatkan rating penonton sebanyak 3.0 peratus dan kemuncak sebanyak 3.6 peratus, sekaligus mencatat rating tertinggi setakat ini. 

Drama sci-fi thriller terbaru SBS, Alice turut mencapai rating tertinggi setakat ini. Episod keempat Alice mencatatkan rating penonton sebanyak 8.7 peratus dan 10.6 peratus untuk dua bahagiannya, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut.

Drama tvN Forest of Secrets 2 kekal kukuh apabila mencatatkan rating penonton sebanyak 6.5 peratus dan kemuncak sebanyak 7.4 peratus. 

Sementara itu, episod finale drama JTBC Graceful Friends telah mencatatkan rating sebanyak 5.1 peratus, yang tertinggi sepanjang tayanganya, manakala drama KBS 2TV, Once Again terus menjadi drama paling banyak ditonton pada hari minggu dengan purata rating sebanyak 27.4 peratus dan 32.6 peratus untuk dua bahagiannya. 



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee