Slot Asia

"Alice" Kekal No. 1 Untuk Tiga Episod Berturut-Turut

Views

Drama SBS, Alice terus kuasai kedudukan pertama dalam slot waktunya.

Pada 4 September, episod ketiga drama sains fiksyen thriller itu terus mengekalkan rentak kemenangan dengan menduduki tempat pertama. Menurut Nielsen Korea, episod terbaru Alice mendapat skor purata sebanyak 7.2 peratus dan 8.4 peratus, menjadikan drama Jumaat-Sabtu yang paling banyak ditonton.

Alice berkisar tentang seorang detektif (Joo Woo) yang mengentahui kewujudan seorang perentas masa yang datang dari masa depan menerusi peranti yang dikenali sebagai “Alice”. Ketika sedang menyiasat peranti tersebut, dia telah bertemu dengan seorang wanita yang mirip ibunya, yang telah meninggal dunia lama dahulu.

Sementara itu, drama suspen romantik Channel A, Lie After Lie memulakan episod pertamanya dengan rating sebanyak 1.2 peratus, manakala drama MBC, SF8 mendapat purata skor sebanyak 1.0 peratus.

Akhir sekali, drama JTB, Graceful Friends mencatatkan skor rating sebanyak 4.8 peratus untuk episod terbaru.

Sumber: Soompi

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks