Slot Asia

Alice Capai Rating Tertinggi Untuk Siaran Hari Jumaat

Views

Walaupun mencatatkan sedikit penurunan rating, drama SBS Alice kekal popular dikalangan penonton. Drama sains fiksyen thriller lakonan Joo Won dan Kim Hee telah mencatatkan rating sebanyak 7.4 peratus dan 8.6 peratus untuk dua bahagiannya, sekaligus mencapai rating tertinggi untuk hari Jumaat.

Secara tipikal, rating penonton untuk hari Jumaat agak rendah berbandingan siaran pada hari Sabtu. 

Alice berkisar tentang seorang detektif (Joo Woo) yang mengentahui kewujudan seorang perentas masa yang datang dari masa depan menerusi peranti yang dikenali sebagai “Alice”. Ketika sedang menyiasat peranti tersebut, dia telah bertemu dengan seorang wanita yang mirip ibunya, yang telah meninggal dunia lama dahulu.

Sementara itu, drama Channel A, Lie After Lie mencatatkan rating purata sebanyak 2.9 peratus untuk episod terbaru. 

Lie After Lie berkisar tentang Ji Eun-Soo (Lee Yoo Ri) yang berpura-pura mengahwini Kang Ji-Min (Yeon Jeong-Hun) semata-mata mahu menjadi ibu tiri kepada anak perempuannya yang sebenar.

Sumber: Soompi

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks