Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Alfred Molina Sah Kembali Doctor Octopus Dalam “Spider-Man 3!”

Selepas dikaitkan dengan Spider-Man 3akhinya pelakon Alfred Molina disahkan kembali sebagai Doctor Octopus dalam filem superhero akan datang. 

Menurut TheWrap, penglibatan Molina pertama kali didedahkan laman GWW selepas pelakon itu dilihat diset penggambaran Spider-Man 3. Karakter villain itu kali terakhir muncul dalam filem live action menerusi filem Spider-Man 2 arahan Sam Raimi, disamping pelakon Tobey Maguire dan Kristen Dunst.

Tom Holland kembali dalam filem ketiga Spider-Man sebagai Peter Parker / Spider-Man bersama-sama Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Jamie Fox kembali meneruskan peranannya dalam filem The Amazing Spider-Man 2 sebagai Electro. 

Dua pelakon utama dalam filem terdahulu iaitu Zendaya dan Jacob Batalon turut meneruskan peranan mereka sebagai MJ dan Ned.

Filem terbaru MCU / Sony ini diarahkan oleh  Jon Watts manakala Kevin Fiege dan Amy Pascal bertindak sebagai penerbit eksekutif. Spider-Man 3 akan ditayangkan dipawagam pada 17 Disember 2021.

Related posts

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Isqandar

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Isqandar

Ray Fisher Sahkan Dia Disingkir Dari Filem “The Flash”

Kakimuvee

[Trailer] Netflix Dedah Tarikh Tayangan “To All the Boys: Always and Forever”

Kakimuvee

Leave a Comment