Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Alex Kurtzman Mungkin Akan Tinggalkan Dark Universe?

Kegagalan filem reboot, The Mummy  lakonan Tom Cruise memberi tamparan hebat buat Universal Studio yang cuba untuk mewujudkan Dark Universe yang mengandungi filem-filem berunsurkan “monster”. Alex Kurtzman yang ditugaskan untuk mengarahkan filem pertama Dark Universe iaitu The Mummy, gagal menjalankan tugasnya apabila filem berkenaan dikritik teruk oleh peminat serta dari pengkritik filem.

Kegagalan filem arahan Alex Kurtzman itu menyebabkan masa depannya dalam Dark Universe tampak samar. Semasa ditemuramah oleh wartawan IGN.Com, Alex ditanya mengenai masa depannya dalam Dark Universe, ini jawapan yang diberikan olehnya kepada wartawan tersebut:

“You know the truth is, I don’t know. I really don’t know,” “I haven’t really decided. Is the honest answer.” – Kurtzman

Walaupun filem arahannya, The Mummy dikritik teruk dan gagal dalam kutipan domestik, Kurtzman buat masa ini masih terlibat dalam Dark Universe dengan bertindak sebagai penerbit dalam beberapa filem Dark Universe akan datang seperti Creature from the Black Lagoon, the Invisible Man dan Van Helsing.

Kurtzman juga ditanya sama ada mahu kekal atau keluar dari franchise tersebut.

“I have to stay interested in it,” “I have to feel like my passion is there for it. I think in the case of Star Trek if your passion isn’t there you shouldn’t be doing it. “

Universal Dark Universe diumumkan pada May yang lalu dengan filem pertama The Mummy telah ditayangkan pada bulan Jun. Selain Tom Cruise, Dark Universe juga bakal menampilkan Johnny Depp dalam filem The Invisible Man, Javier Bardem sebagai raksasa Frankenstein dan Russell Crowe as Dr. Jekyll.

Filem seterusnya akan ditayangkan pada 14 Februari 2019 iaitu Bride of Frankenstein arahan pengarah filem Beauty and The Beast, Bill Condon

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment