Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Alec Baldwin telah melepaskan tembakan dari pistol prop ketika merakamkan adegan di New Mexico pada hari Khamis, menyebabkan kematian sinematografer Halyna Hutchins dan mencederakan pengarah Joel Souza.

Kejadian itu berlaku di set penggambaran Rust, sebuah filem indie yang difilemkan di Bonanza Creek Ranch, sebuah lokasi penggambaran popular di selatan Santa Fe.


Hutchins, 42, dibawa dengan helikopter ke Hospital Universiti New Mexico di Albuquerque, namun dia meninggal dunia hospital tersebut. Souza, 48, dibawa dengan ambulans ke Pusat Perubatan Wilayah Christus St. Vincent di Santa Fe, di mana dia menjalani rawatan untuk kecederaannya, menurut pejabat Sheriff County Santa Fe.

Pejabat Sheriff mengatakan dalam satu kenyataan bahawa Hutchins dan Souza “ditembak ketika senjata api prop dikeluarkan oleh Alec Baldwin, 68, penerbit dan pelakon.” Santa Fe New Mexico melaporkan bahawa Baldwin disoal siasat oleh penyiasat, dan menangis.

Tiada tangkapan dibuat dalam kejadian itu, dan tiada pertuduhan di failkan. Detektif sedang menyiasat saksi, dan kejadian itu masih dalam siasatan “terbuka dan aktif”, menurut pejabat Sheriff.

Jurucakap Baldwin bagaimanapun tidak memberi sebarang komen. 

Rust Movie Productions LLC, syarikat produksi di sebalik filem itu, mengeluarkan kenyataan pada hari Khamis malam, dengan mengatakan bahawa barisan pelakon dan kru “sangat terkejut” dan syarikat itu sedia memberi bekerjasama sepenuhnya dengan pegawai penyiasat

“Seluruh pelakon dan kru telah benar-benar terkejut akibat tragedi hari ini, dan kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan orang-orang tersayang Halyna,” kata syarikat itu. “Kami telah menghentikan produksi filem ini untuk jangka waktu yang tidak ditentukan dan memberi bekerjasama sepenuhnya dengan pegawai penyiasat Jabatan Polis Santa Fe. Kami akan memberikan perkhidmatan kaunseling kepada semua orang yang berkaitan dengan filem ini ketika kami berusaha memproses peristiwa yang mengerikan ini.

Sumber: Variety

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment