Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

‘AKU YANG KAU GELAR ISTERI’ EKSKLUSIF DI iQIYI

Meluaskan lagi koleksi drama tempatan, peneraju perkhidmatan hiburan inovatif  iQIYI, turut menayangkan drama terbaru yang sedang bersiaran di slot Samarinda TV3 berjudul Aku Yang Kau Gelar Isteri untuk penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Drama romantik seram yang mengetengahkan tema cinta dan dendam dengan penggunaan ilmu hitam ini menggabungkan barisan pelakon popular Adi Putra dan penampilan semula Sharifah Sakinah ke arena drama TV3 sejak tahun 2019 di samping artis berbakat besar, Nadia Brian.

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini mengisahkan mengenai cinta tiga segi dan cinta yang  tidak berbalas. Penceritaan drama ini bermula apabila seorang gadis muda bernama Laila lakonan Sharifah Sakinah telah jatuh cinta dengan Ezlan (lakonan Adi Putra),  namun kecewa apabila Ezlan memilih untuk berkahwin dengan Raihani (Nadia Brian). Laila kemudian membawa hatinya yang lara jauh dari kampungnya. 

Kerana dendam. Laila menggunakan kaedah mistik iaitu penggunaan sihir melalui bantuan Embun (Lana Nodin).  Laila kemudian kembali ke kampungnya semula dan tekad untuk memenangi hati Ezlan.  Kehadiran Laila telah kembali menggugat dan menguji perkahwinan bahagia Ezlan dan Raihani yang telah mereka bina selama sembilan tahun serta dua orang anak mereka, Rais dan Ain. 

Selain daripada kemunculan semula Sharifah Sakinah ke TV3, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri  ini juga menyaksikan kemunculan semula beberapa pelakon hebat lain ke layar perak. Antaranya, Lana Nodin, yang memegang watak Embun yang kembali setelah empat tahun menyepi dalam dunia lakonan, juga pelakon hero Malaya Adi Putra yang telah lama mendiamkan diri serta Nadia Brian. 

Aku Yang Kau Gelar Isteri yang boleh distrim bermula 17 Februari 2021 lalu, akan ditayangkan sehingga 15 Mac 2021, merupakan salah satu judul yang tersedia melalui usaha sama kandungan drama antara pengeluar dan pengedar terbesar Malaysia, Primeworks Studios dan iQIYI.

Bulan lalu, platform penstriman ini mengumumkan penambahan drama TV3 yang menerima jumlah tontonan tinggi seperti Rahimah Tanpa Rahim dan Melastik ke Hatimu kepada senarai koleksi drama tempatan mereka. Judul-judul drama yang ada dalam perkhidmatan penstriman iQIYI akan disiarkan pada hari yang sama ke seluruh negara dengan siaran saluran milik Media Prima, TV3. 

Setiap drama yang disiarkan di platform iQIYI ini disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan boleh ditonton pada bila-bila masa secara percuma di www.iQ.com atau melalui aplikasi iQIYI yang boleh dimuat turun melalui App Store dan Play Store, atau melalui pautan http://bit.ly/iQIYI.

Sejak kemunculan buat pertama kalinya di Malaysia tahun lalu, penggunaan aplikasi iQIYI telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dengan peningkatan jumlah pengguna lebih 15 kali ganda semenjak platform ini memperkenalkan koleksi tontonan tempatan.

Dengan hasrat untuk menjadi platform terulung bagi pengguna yang mencari hiburan berkualiti serta pengalaman digital tanpa sempadan, pengguna juga boleh menikmati pelbagai koleksi judul-judul dari Korea, Cina serta anime yang terbaharu dan popular.

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Yang Miliki Lebih 1 Juta Pengikut Instagram

Kakimuvee

Pengarah PREBET SAPU ‘Bakar’ Beto Kusyairy

Kakimuvee

Tayangan Perdana ‘Mechamato’ Monsta di Cartoon Network, Disember 4

Kakimuvee

Syamsul Yusof Goda Plot Untuk ‘KL Gangster 3 The Finale’, Akan Melawan Mafia Antarabangsa

Kakimuvee

Leave a Comment