Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Aku Haus Darah Mu – Filem Seram Klasik” – Aidilfitri

Pengarah filem seram “Aku Haus Darah Mu”, Aidilfitri Mohamed Yunos memberitahu dia memilih untuk menggarap naskhah seram kerana ia adalah salah satu hasratnya dan minatnya sejak dari dahulu untuk menghasilkan sebuah filem seram klasik.

Menurut Aidilfitri, antara filem seram klasik yang menjadi inspirasi buatnya untuk arah filem terbarunya adalah seperti “Rahsia” dan “Misteri Rumah Tua”.

“Saya merupakan seorang peminat filem seram sejak kecil lagi dan merasakan filem seram dahulu seperti “Rahsia” dan “Misteri Rumah Tua” sehingga kini masih mengamit memori.”

“Oleh itu dalam filem “Aku Haus Darah Mu” ini, saya ambil dari filem seram klasik lepas untuk cara penyampaian juga berlatarkan era itu dan suntingan terus dengan muzik latar orkestra,” katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem “Aku Haus Darah Mu” di Cineplex eCurve, semalam.

Ditanya apa yang membuatkan filem seram arahannya istimewa dan penonton perlu ke pawagam untuk menontonnya, Aidilfitri berkata filem seram yang mengetengahkan seram klasik ini sudah lama tidak dihasilkan, oleh itu ia adalah sesuatu yang baru bagi penonton-penonton yang lahir pada tahun 90an ke atas.

Poster Rasmi Filem Aku Haus Darah Mu

Penggambaran filem terbitan TSAR Asia Sdn Bhd ini berlangsung selama 15 hari di sekitar Sabak Bernam.

Ia menampilkan barisan pelakon senior dan baru seperti Deanna Yusoff, Zoey Rahman, Nad Zainal, Farhanna Qismina dan Amalia Syakirah.

Ia mengisahkan tentang seorang ahli antropologi dan dua orang rakannya telah mengembara ke pendalaman Malaysia untuk merakam satu tarian suku tradisional. Namun setelah mereka tiba di sebuah perkampungan kecil yang diuruskan oleh seorang wanita dan pembantunya, perkara aneh dan menyeramkan mula berlaku.

“Aku Haus Darah Mu” bakal menemui penonton di seluruh negara bermula 2 Februari ini.

sumber: Cinema Online

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment