Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Aktres Ruhainies Masih Menunggu Peluang Untuk Berlakon Filem

Pelakon Ruhainies mengakui berasa kesal apabila dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon di layar perak biarpun sudah lama bertapak dalam dunia lakonan.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata antara faktor utama yang menyumbang kepada sebab dia tidak dapat berlakon filem kerana kepadatan jadualnya dalam memenuhi tawaran berlakon drama dan muzik video.

“Memang ada tawaran berlakon filem itu tetapi kekangan waktu menyekat langkah saya. InsyaAllah tahun depan saya mahu memberi fokus untuk membina nama di layar perak pula.

“Saya baru sahaja penggambaran drama “Ombak Cinta”. Selepas itu, saya akan berlakon untuk muzik video Asfan dan bakal masuk ke set penggambaran drama terbaru untuk slot Lestary,” ujarnya yang dipetik dari Utusan Online.


Ruhainies bagaimanapun tidak mengelut penat atau lebih dengan kerja yang dilakukannya kerana dia menganggap ia sebagai rezeki dan di usia muda ini dia mahu kerah seluruh tenaga dan menyimpan wang untuk masa depan.

Related posts

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Poster Rasmi Goda Tarikh Tayangan “Mat Kilau” Pada 23 Jun Ini

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Leave a Comment