Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Aktres Mouse Cheon Jeong Ha Meninggal Dunia Pada Usia 51 Tahun


Pelakon Cheon Jeong Ha telah meninggal dunia pada usia 51 tahun

Pada 28 April, keluarganya mendedahkan, “Dia ditemui mati di rumahnya pada hari sebelumnya. Dia menderita tekanan darah rendah. Punca kematian dianggap sebagai serangan jantung kerana tekanan darah rendah dan kegagalan jantung kongestif. “

Karier Cheon Jeong Ha bermula sejak tahun 1990-an dan muncul dalam karya teater, filem, dan drama. Dia memainkan peranan utama dalam banyak drama termasuklah Phoenix, Flower of Evil, Forest of Secrets, More Than Friends, dan Beyond Evil. Dalam Mouse, dia membawa watak sebagai ibu Na Chi Guk (Lee Seo Joon), yang merupakan teman sekelas sekolah menengah Jung Ba Reum (Lee Seung Gi’s) dan penjaga penjara.

Sementara itu produksi Mouse berkata, mendiang telah merakamkan semua adegannya dalam drama tersebut, dan babak yang melibatkannya masih belum disiarkan.

“Mendiang Cheon Jeong Ha muncul dalam drama kami sebagai ibu Chi Kook,” kata produser. “Dia menyelesaikan semua penggambarannya, dan beberapa adegan melibatkannya belum ditayangkan. Ia akan disiarkan mengikut jadual. “


Sumber: Soompi / The Star


Related posts

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Drama Terbaru SBS “The Escape of the Seven” Bermula Baik Pada Episod Pembukaan

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Filem Seram Korea ‘SLEEP’ Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 14 September Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Siri Aksi Komedi Korea “Han River Police” Akan Debut Pada 13 September Eksklusif di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Drama Jenayah Korea “The Worst of Evil” Akan Tiba Pada 27 September Eksklusif di Disney+ Hotstar

Kakimuvee