Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Aktres Adiwiraku, Sangeeta Krishnasamy Bintangi Filem Proksi


Pelakon filem Adiwiraku, Sangeeta Krishnasamy akan muncul dalam filem terbaru yang berjudul Proksi. Filem ini akan diarahkan oleh Zulkarnain Azhar yang merupakan filem keduanya selepas filem aksi kepolisan yang berjudul J Revolusi. 

Selain Sangeeta, filem Proksi juga turut dibintangi beberapa pelakon terkenal seperti Bront Palarae, Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor dan Faizal Hussein.

Menurut Pelakon Wanita Terbaik FFM 29 itu, beliau bersyukur kerana bakat mula mendapat perhatian pengiat seni tanah air.

“Saya bersyukur rezeki saya dalam pasaran filem Melayu semakin banyak. Mungkin kerana penggiat seni mula mengenali siapa diri saya. “Selepas filem “Adiwiraku”, saya ada menjangkakan penglibatan saya akan disedari oleh peminat filem Melayu. Namun tidak pernah terlintas dalam fikiran saya akan diberikan watak utama dalam sebuah filem bajet besar seperti “Proksi”,”

Dalam filem itu nanti, Sangeeta akan membawakan watak Elle iaitu seorang penjenayah siber.


Filem Proksi akan berkisarkan tentang kehidupan seorang penggodam bernama Aman (Ashraf Sinclair) dan rakannya, Sam (Bront Palarae) berusaha menyelamat data dan maklumat rahsia negara daripada ancaman siber.

Filem ini dijangka akan menemui penonton pada penghujung tahun ini.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan