Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Aktor “The Batman” Paul Dano Tulis Komik “Riddler: Year One”, Akan Dilancarkan Oktober Ini

The Batman telah memperkenalkan versi baharu penjahat klasik Gotham City The Riddler, dan DC Comic telah mengambil pendekatan untuk menceritakan asal usul watak itu dalam siri komik prekuel bertajuk Riddler: Year One. 

Pelakon yang memainkan watak Edward Nashton dalam reboot arahan Matt Reeves, Paul Dano, menulis komik tersebut, yang dijadualkan untuk dilancarkan pada Oktober ini.


SPOILER THE BATMAN DIBAWAH:

Dipenghujung filem, telah didedahkan bahawa Nashton adalah seorang anak yatim piatu yang hampir tidak terselamat dari zaman kanak-kanaknya disebabkan sistem yang korup dan berada dalam neraka disebabkan Projek Pembaharuan Gotham. 

Bagi membalas dendam terhadap mereka yang menyalahgunakan kuasa, dia membunuh dengan kejam setiap individu yang tidak bertanggungjawab kerana mengecewakan mereka yang kurang bernasib baik dan tertindas di bandar itu.

Nashton menggunakan gelaran The Ridller dan menumpukan sebahagian kemarahannya kepada seorang anak yatim yang dianggap istimewa bernama Bruce Wayne.

Sinopsis komik tersebut tidak didedahkan, tetapi dijangkakan ia akan menceritakan bagaimana transformasi Nashton menjadi Riddler. Anda boleh lihat muka hadapan komik Riddler: Year One dibawah:

The Batman diarahkan oleh Matt Reeves dari skrip yang ditulis olehnya bersama dengan Peter Craig. Filem adiwira terbaru DC itu akan menyaksikan Robert Pattinson menyarung mantel Dark Knight.

Turut menyertai barisan pelakon adalahZoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

The Batman kini sedang ditayangkan di pawagam tanah air. 

Sumber: Comicbook

Related posts

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Aquaman and the Lost Kingdom: Amber Heard Dilepaskan Dari Kontrak, Tidak Pasti Berapa Banyak Babaknya Dipotong

Kakimuvee

Projek Captain Carter Dikhabarkan Sedang Dalam Pembangunan

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Leave a Comment