Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Aktor Tempatan Yang Berlakon Dalam Filem Antarabangsa

Aktor tempatanĀ sebenarnya boleh berjaya di arena antarabangsa sekiranya mereka diberi peluang atau berani untuk membawa diri dalam dunia perfileman antarabangsa. Sebagai contoh, terdapat beberapa pelakon kelahiran Malaysia pernah berlakon dalam filem-filem luar peringkat antarabangsa disebabkan bakat mereka dan juga berani untuk mencuba nasib diluar sana.

Kalau kami mention Dato Michelle Yeoh & Ibrahim Pendek, mesti ramai yang kenal, tetapi terdapat beberapa lagi pelakon yang pernah berlakon dalam filem antarabangsa dan ada yang berjaya. Jom kita lihat pelakon-pelakon tempatan yang membintangi filem antarabangsa.

Peter Teo

Ingat “Uncle Lim” dalam filem Papadom 1 & 2? yang pernah tengok mesti ingat. Peter Teo merupakan penulis lagu, producer filem dan juga aktor kelahiran Tawau, Sabah. Dia terkenal dalam bidang musik dan pernah memenangi beberapa anugerah dalam dunia Musik. Dia juga membuat penampilan dalam video Youtube,Ā KL24:Zombies.

Peter Teo bakal muncul dalam filem live action anime,Ā Ghost in the Shell (Lakonan Scarlett Johansson) sebagai Tony

Ibrahim Pendek dalam salah satu babak filem The Spiral Road

Ibrahim Pendek

Pelakon pertama Malaysia yang menjejakan kaki dalam dunia perfileman Hollywood. Bakat dia dikesan oleh pelawat dari Universal International semasa sedang berlakon dalam pembikinan filemĀ Ali Baba Bujang Lapok”.Ā Dia telah ditawarkan untuk berlakon dalam filem arahan Robert Mulligan iaituĀ The Spiral RoadĀ dan juga dalam filemĀ Pikoy Goes to Malaysia pada tahun 1988

Tiara Jacquelina

Pelakon wanita popular era 90an dan terkenal dengan lakonannyaĀ dalam filem yang dapat mendapat pencalonan di anugerah Oscar iaituĀ Puteri Gunung Ledang.Ā Dia pernah berlakon dalam filem Hollywood iaituĀ Beyond RangoonĀ pada tahun 1995 dengan memegang watak kecil sebagai Kerani Hotel dalam filem tersebut.

Angelica Lee

Pelakon kelahiran Kedah memulakan karier lakonannya di Hong Kong / Taiwan dan dia mula mencipta nama selepas berjaya memenangi Aktress Terbaik dalam anugerah The Golden Horse di Taiwan menerusi filemĀ The Eye.Ā Sejak daripada itu dia mula berlakon dalam filem-filem Hong Kong dan Taiwan dan juga berlakon dalam filem Malaysia seperti Ice Kacang Puppy Love.Ā 

Michelle Yeoh

Yang terakhir dan yang paling berjaya, Michelle Yeoh. Selepas beliau memenangi Miss Malaysia pada tahun 1983, Michelle Yeoh memulakan karier lakonannya di Hong Kong dalam filem-filem aksi dan martial art seperti filem-filemĀ Yes Madam, Police Story 3Ā  danĀ Taichi Master.Ā Dia pernah berlakon bersama-sama aktor Jackie Chan masa itu.

Kemudian, namanya mula meletup dikalangan peminatĀ filem di Malaysia, apabila beliau berlakon sebagai gadis Bond dalam filem James Bond,Ā Tomorrow Never Dies.Ā Michelle Yeoh juga pernah berlakon dalam beberapa filem Hollywood yang lainĀ Mechanic: Resurrection, Kung Fu Panda dan lain-lain lagi.

Deanna Yusoff dan Chow Yun-Fat dalam filem Anna and the King

Aktor filem Anna and the King

Ingat lagi filem Hollywood yang membuat pengambaran di Malaysia,Ā Anna and the King?Ā haa kalau ingat baguslah, tapi anda tahu tak beberapa pelakon tempatan seperti Keith Chin, Mano Maniam, Deanna Yusoff, Harith Iskander, Afdlin Shauki, Ramli Hassan, dan Kee Thuan Chye pernah berlakon dalam filem tu? Ya beberapa aktor tempatan telah berlakon dalam filem lakonan Jodie Foster dan Chow Yun-Fat itu.

Rosyam Nor

Hero malaya ini pernah berlakon dalam filem Rajinikanth, Kabali pada 2016. Walaupun begitu, dia berlakon sebagai penjahat bukan hero seperti kebiasaannya. Peminat mengkritik Rosyam Nor kerana hanya memegang watak kecil dalam filem Kollywood tersebut. Apapun, Rosyam Nor telah menjadi pelakon Malaysia pertama fight dengan Rajinikanth

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment