Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Aktor Paling Tinggi Menerima Bayaran Tahun 2016

Karier lakonan sememangnya sebuah karier yang popular serta boleh memberi pulangan lumayan kepada seseorang aktor tersebut, lebih-lebih lagi jika aktor tersebut merupakan aktor terkenal, bayaran lebih besar pasti menanti mereka.

Tetapi tahukan anda terdapat beberapa aktor yang menjadi Jutawan segera selepas menerima bayaran untuk lakonan mereka sesebuah filem. Malah selain berlakon, mereka juga menerima bayaran untuk hasil kerja mereka di belakang tabir.

Ok disini kami ingin kongsikan 20 senarai Aktor Paling Tinggi Bayaran Tahun 2016 menurut Forbes

20. Harrison Ford

USD15 Juta

Harrison Ford menerima bayaran tersebut semasa kembali membawakan watak Han Solo dalam filem Star Wars: A Force Awakens. Ia menjadikan Ford aktor paling tua menerima bayaran paling tinggi pada tahun 2016 iaitu semasa berumur 74 tahun

19. Matthew McConaughey

USD18 Juta

Aktor tersebut mendapat bayaran tersebut bagi membintangi filem adaptasi novel Stephan King akan datang, Dark Tower

18. Amitabh Bachchan

USD 20 juta

Bintang legenda Bollywood telah membintangi lebih 150 filem sepanjang karier lakonannya. Pada tahun 2016, beliau telah membintangi 4 buah filem dan memperolehi pendapatan sebanyak USD20 juta

17. Will Smith

USD 20.5juta

Bayaran tersebut adalah untuk filem terbaru akan datang, iaitu Bad Boy yang akan ditayangkan pada tahun 2018

16. Chris Pratt

USD 26 Juta

Chris Pratt menjadi aktor paling muda dalam senarai 20 aktor yang mendapat bayaran pada tahun 2016. Filem Passenger dan Guardians of the Galaxy 2 telah mengumpul bayaran yang diterimanya sebanyak USD26juta

15. Leonardo Dicaprio

USD27 Juta

Leonardo mendapat bayaran tersebut menerusi filem lakonannya, The Revenant yang membawa kepadanya memenangi anugerah Oscar selepas beberapa kali tercalon.

14. Salman Khan

USD 28.5 Juta

Salman Khan antara pelakon popular Bollywood. Beliau berjaya mengumpul kekayaan menerusi filem seperti Bajrangi Bhaijaan

13. Mark Wahlberg

USD 30 Juta

Walaupun filem sekuel Ted 2 tidak begitu memberangsangkan, beliau tetap mampu mendapat bayaran yang tinggi melalui filem Daddy’s Home dan Deepwater Horizon

12. Adam Sandler

USD 30 Juta

Filem terbaru Adam Sandler, Sandy Wexler hasil kerjasama dengan Netflix. Adam sendiri menerbitkan filem komedi tersebut yang sudahpun ditayangkan ada bulan April yang lalu

11. Brad Pitt

USD 31.5 Juta

Dilaporkan, Brad Pitt menerima bayaran sebanyak 60 juta dolar untuk filem akan datang, War Machine, bagaimanapun untuk pendapatan terbaru, Brad Pitt menerima bayaran USD31. 5 juta menerusi filem The Big Short. Ini kali pertama Brad Pitt melepasi angka USD 30 juta sejak tahun 2007

10. Akshay Kumar

USD 31.5 Juta

Satu lagi bintang Bollywood yang berada dalam carta aktor paling tinggi mendapat bayaran. Akshay Kumar mendapat pendapatan sebanyak USD 31.5 juta menerusi 3 filemnya yang terbaru.

9. Robert Downey Jr.

USD 33 Juta

Walaupun pendapatannya menurun sebanyak 58% dari USD 80 juta yang beliau dapat pada tahun 2015, ia tetap menyenaraikan Robert Downey dalam senarai 20 aktor mendapat bayaran tertinggi pada tahun 2016 dengan pendapatan sebanyak USD33 Juta

8. Shah Rukh Khan

USD33 Juta

Selain dari bayaran menerusi filem Dilwale dan beberapa filem lain, pendapatannya turut disumbang melalui beberapa brand Amerika yang menggunakan khidmatnya sebagai duta

7. Vin Diesel

USD 35 Juta

Fast 8 dan Guardians of the Galaxy 2 memberi pendapatan lumayan kepada aktor terkenal dengan watak Dom dalam filem-filem The Fast and The Furious

6. Ben Affleck

USD 43 Juta

Walaupun filem Batman V Superman dikritik teruk, ia tidak menghalang untuk filem berkenaan mengaut lebih USD 800 juta. Keuntungan tersebut bermakna lebih pendapatan kepada aktor tersebut yang membawakan watak Batman dalam filem superhero DC itu.

5. Johnny Depp

USD 48 Juta

Pendapatan tersebut datangnya dari dua filem terbaru beliau iaitu Pirates of the Caribbean : Salazar Revenge dan Alice Through the Looking Glass

4. Tom Cruise

USD 53 Juta

Walaupun sudah berumur, aktor ini masih aktif melakukan aksi-aksi stuntnya sendiri dalam filem-filem Mission: Impossible Rogue Nation dan Jack Reacher. Filem tersebut berserta filem Mena membolehkan beliau untuk mengutip pendapatan sebanyak USD53 juta

3. Matt Damon

USD 55 Juta

The Martian, filem Jason Bourne serta filem Great Wall membuatkan pelakon ini berjaya mengumpul kekayaan pada tahun 2016 sebanyak USD 55 juta.

2. Jackie Chan

USD 61 Juta

Pendapatannya pada tahun lepas bukan semata-mata hasil lakonannya, tetapi turut terlibat melalui penerbit dan juga sebagai pelabur dalam beberapa filem.

1 Dwayne Johnson

USD 64 Juta

Aktor paling tinggi dalam senarai ialah Dwayne Johnson dengan pendapatan sebanyak USD 64 Juta. Bekas ahli gusti WWF ini memperolehi pendapatannya melalui filem franchise Fast and Furious, San Andreas dan Baywatch

Related posts

9 K-Drama Yang Akan Ditayangkan Mei Ini

Zulaikha

8 RIVETING K-DRAMAS TO WATCH IF YOU LIKE SOLVING MYSTERIES

Zulaikha

5 REASONS WHY WE’RE EXCITED FOR HOSPITAL PLAYLIST S2 COMING TO NETFLIX

Zulaikha

Your New On Netflix May

Kakimuvee

MAY HIGHLIGHTS ON WARNERMEDIA CHANNELS AND APPS

Isqandar

4 MARVELOUS MAY K-DRAMAS TO GET EXCITED FOR

Zulaikha