Menurut laman web Comicbookmovie.com, aktor yang juga penyanyi terkenal Korea Selatan telah terpaksa digugurkan dari senarai pelakon filem X-Men akan datang, Dark Phoenix.
Laman web itu juga memberitahu, individu yang mendedahkan berita tersebut adalah rakannya Lee Beom Soo yang juga pelakon pembantu untuk filem Uhm Bok-dong. Menurut Lee, Rain terpaksa melepaskan peluangnya untuk muncul dalam filem X-men kerana ingin memberi komitmen dalam projek terbaru beliau. Rain dan Lee Beom Soo adalah pelakon untuk filem berkenaan.
Bagaimanapun tiada details mengenai apakah watak yang bakal dibawa oleh pelakon tersebut jika dia diterima sebagai salah seorang pelakon filem X-Men itu. Bagaimanapun, editor laman web berkenaan berkata, kemungkinan Rain akan membawa peranan kecil dalam filem Dark Phoenix.
Penggambaran filem X-Men Dark Phoenix akan dimulakan pada Julai ini dan di Korea Selatan pada bulan Ogos 2017.
Rain sebelum ini pernah muncul dalam beberapa filem Hollywood antaranya Speed Racer, Ninja Assassin, dan The Prince.
Filem X-Men: Dark Phoenix akan diarahkan oleh Simon Kinberg dan bakal menemui penonton pada November 2018.