Aktor Indonesia antara pelakon yang dipanggil membintangi Filem Star Trek 3

655
views

the-raid-sony05

Aktor Indonesia, Joe Taslim adalah antara muka-muka baru yang dibawa masuk untuk membintangi filem sequel Star Trek yang terbaru, Star Trek 3: Beyond oleh pengarah Justin Lin.

Joe Taslim yang terkenal dengan aksi bela diri Silat dan Judo adalah pelakon utama dalam filem aksi The Raid: Redemption yang berjaya memukau penonton di Amerika. Joe Taslim juga pernah berlakon dalam filem aksi lumba kereta, Fast & Furious 6 dengan memegang watak antogonis yang bernama Jah, salah seorang krew Luke Evans. Dalam filem tersebut, beliau menggunakan kepakaran dalam seni bela diri dan skill parkour  untuk bertarung dengan Roman Pearce (Tyrese Gibson) dan Han Seoul-Oh (Sun-Kang) semasa dalam babak pertarungan di Stesen keretapi bawah tanah.

joe taslim fast & furious 6

Beliau akan menyertai beberapa muka baru dalam filem Star Trek 3 ini termasuklah Idris Elba (watak Heimdall dalam filem Thor) dan Sofia Boutella. Buat masa, watak yang bakal dipegang oleh beliau tidak diketahui, tetapi rumour mengatakan yang beliau bersama – sama Idris Elba akan memegang watak antogonis dalam filem tersebut. Apapun watak yang dipegang oleh beliau, kita boleh lihat aksi silat dan aksi bela diri yang lain dalam filem fiksyen angkasa lepas ini.

Filem Star Wars 3 telah pun memulakan produksi mereka beberapa minggu yang lalu di Vancouver, BC, Canada dan masih mengekalkan pelakon asal untuk filem trilogy terbaru ini. Diarahkan oleh Justin Lin dan ditulis oleh Simon Pregg (antara pelakon filem Star Wars) dan juga Doug Jang. Filem ini akan menemui penonton pada 8 July 2016

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here