Slot Tempatan

Aktiviti Penggambaran Dibenarkan Mulai 10 Jun Ini

Views

Berita gembira buat penggiat seni tanah air apabila Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pihak kerajaan telah membenarkan aktiviti penggambaran bermula 10 Jun ini.

Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media hariannya sebentar tadi dengan menegaskan setiap penggambaran perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Sebelum ini saya telah maklumkan bahawa mesyuarat memutuskan untuk membenarkan penggambaran filem, iklan, drama dan sebagainya.

“Saya sebutkan waktu itu, ia boleh bermula selepas Raya. Maka hari ini kita putuskan ia boleh memulakan operasi bermula 10 Jun.

“Namun aktiviti penggambaran mesti patuhi SOP diputuskan dalam mesyuarat terutama memastikan penjarakan sosial dan tidak memulakan perhimpuanan yang ramai dan sebagainya,” ujarnya yang dipetik dari Astro Awani.

Terdahulu beberapa persatuan seni tanah air menggesa pihak berwajib mengeluarkan SOP dengan segera supaya mereka dapat meneruskan aktiviti penggambaran selepas hampir tiga bulan tiada sebarang aktiviti penggambaran dibenarkan yang mana ia menyebabkan ramai yang terjejas teruk.

BACA:  Les' Copaque Production Menerima Anugerah "Diamond Play Button" Dari YouTube

Sumber: Cinema Online

Tinggalkan Balasan

shares