Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Aktiviti Penggambaran Masih Lagi Tidak Dibenarkan Buat Masa Ini.

Rayuan penggiat seni yang mahu aktiviti penggambaran filem, drama mahupun iklan dijalankan semula sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak mendapat kelulusan kerajaan.

Pekara tersebut disahkan Menteri Pertahanan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.


Menurut Ismail Sabri, ketika mesyuarat khas menteri-menteri yang berlangsung kelmarin beliau mendapat cadangan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk membenarkan penggiat seni membuat penggambaran.

“Kita telah mendengar permohonan dan cadangan daripada pihak KKMM, tetapi buat masa ini kita belum memberikan kebenaran untuk membuat penggambaran selepas mempertimbangkan banyak perkara.

“Antaranya kita bimbang ketika penggambaran penjarakan sosial tidak diamalkan selain penggambaran bukan sahaja melibatkan pelakon tetapi juga sejumlah besar tenaga produksi, oleh itu kita membuat keputusan untuk tidak membenarkan sebarang penggambaran lagi,” ujarnya ketika ditanya pada sidang media harian PKPB semalam.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata pihaknya akan melihat semula perkara ini selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini kerana mahu mendapatkan pandangan pakar termasuk pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada masa sama, beliau turut memahami apa yang sedang dihadapi oleh penggiat seni apabila tiada pendapatan berikutan penggambaran tidak dibenarkan, tetapi pihak kerajaan akan cuba cari jalan penyelesaian.

Terdahulu, segelintir penggiat seni telah tampil menyuarakan hasrat mereka untuk kembali memulakan penggambaran dalam masa terdekat ini dan membidas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang dikatakan mendiamkan diri sejak pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu.

Bagaimanapun, FINAS telah tampil menjelaskan situasi sebenar dengan berkata mereka sudah pun merangka prosedur operasi standard (SOP) kepada KKMM untuk diluluskan oleh pihak kerajaan.

Dengan penjelasan terbaru menteri ini, nampaknya penggiat seni terpaksa menunggu beberapa minggu lagi sebelum keputusan dapat dibuat oleh kerajaan.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

LAGI GAH, LAGI MERIAH, ‘AME 2021’ ANUGERAH PERTAMA MALAYSIA DALAM FASA ENDEMIK!

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Poster Rasmi Goda Tarikh Tayangan “Mat Kilau” Pada 23 Jun Ini

Kakimuvee

Astro Radio Tingkatkan Jangkauan Sebanyak 3% Ke 16.4 Pendengar Mingguan

Kakimuvee

Leave a Comment