Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Aksi Yang Mendebarkan Serta Drama Dalam Gambar Terbaru PENINSULA


Sekuel Train to Busan, Peninsular telah mendedahkan gambar terbaru yang menunjukkan saat-saat yang menyedihkan bagi mereka yang kembali ke sisa runtuhan Korea, mereka yang terselamat dan yang telah menjadi gila.

Anda boleh saksikan gambar-gambar tersebut dibawah.

Peninsula dibintangi Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Lee Re, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, dan Goo Kyo Hwan. Kang Dong Won akan memainkan peranan utama sebagai Jung Suk, karakter yang akan menentang keganasan Zombi bersama-sama Min Jung lakonan lakonan Lee Jung Hyun.

Pelakon kanak-kanak Lee Rae akan memainkan peranan sebagai Joon Yi, manakala aktor veteran, Kwon Hae Hyo akan membawakan peranan Kim Noh In, ahli kumpulan Ming Jung yang paling tua. Sementara itu, Kim Min Jae dan Goo Kyo Hwan akan membawakan peranan sebagai pasukan penyelamat.

Sekuel kali ini akan berlatarbelakangkan 4 tahun selepas kejadian Train To Busan dimana keseluruhan kawasan semenanjung menjadi tanah terbiar dan dikuasai zombi. Bagaimanapun terdapat segelitir manusia yang masih hidup, menanti untuk diselamatkan.


Peninsula akan ditayangkan di Korea Selatan pada musim panas ini.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee