Aktor filemĀ Top GunĀ dan Mission Imposible,Ā Tom Cruise memang terkenal dengan aksi lagak ngeri dalam setiap filem lakonan beliau. Ini kerana, beliau antara aktor yang melakukan sendiri aksi – aksi tersebut tanpa memerlukan khidmat pelakon lagak ngeri. Seperti Jackie Chan dan Keanu Revee, beliau sanggup mengenepikan perasaan sakit dan takut semata – mata mahu melakukan sendiri aksi – aksi seperti itu.
Walapun sudah berusia 52 tahun, ramai peminat menganggap, pelakon seperti Tom Cruise memang sukar untuk dicari dalam era CGI dan teknologi ini. Ini kerana, kebanyakkan aksi Stunt aktor – aktor Hollywood yang lain akan dilakukan oleh stuntman atau menggunakan teknik CGI dan teknologi.
Dalam filem terbaru Tom Cruise,Ā Mission Impossible: The Rogue Nation,Ā hampir keseluruhan aksi lagak ngeri dalam filem tersebit dilakukan oleh beliau dan aksi yang paling mustahil dan boleh dikatakan berani mati juga dilakukan sendiri oleh Tom Cruise.
Aksi yang dilakukan oleh beliau ialah babak dimana dia dikehendaki untuk tersangkut pada pintu kapal terbang yang sedang terbang di udara. Aksi ini memang aksi sebenar, tiada teknik CGI tiada teknik komputer. 100% pure action. Beliau hanya di ikat pada pintu kapal terbang dalam menjayakan aksi tersebut.
Bayangkan kalau tali itu terputus? pihak produksi mungkin terpaksa mencari lelaki yang merupai beliau bagi menyiapkan filem tersebut.
Video Aksi stunt Tom Cruise