Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Akshay Kumar Bakal Muncul Dalam Filem Berbajet Besar

Pelakon terkenal Bollywood, Akshay Kumar dilaporkan bakal muncul dengan filem bajet besar terbarunya terbitan Yash Raj Films dan Aditya Chopra.

Dalam filem arahan Chandraprakash Dwivedi tersebut, Akshay dilaporkan akan membawa watak sebagai raja Prithviraj Chauhan.

“Filem ini akan dilakukan dalam skala yang besar. Pasukan produksi juga akan membuat latar belakang pada abad ke-12. Pengarah sudah merancang untuk menghasilkan filem mengenai Prithviraj Chauhan sudah lebih dua tahun setengah. 

Advertising

“Akshay merupakan satu-satunya pilihan untuk menggalas watak tersebut. Aditya yang sukakan dengan jalan cerita itu telah bersetuju untuk turut terlibat dalam pembikinan filem ini. Ia akan memaparkan kisah cinta epik di antara Prithviraj dan Sanyogita,” ujar salah satu sumber kepada Indian Express. 

Penggambaran filem drama sejarah ini akan berlangsung pada tahun hadapan selepas Akshay selesai dengan penggambaran Hera Pheri 3.

Filem yang masih lagi belum mempunyai judul ini berkisarkan tentang raja Prithviraj Chauhan pada abad ke-12 yang memerintah di Rajasthan, Haryana, Delhi, dan beberapa bahagian di Madhya Pradesh dan Uttar Pradesh. Dia juga telah jatuh cinta dengan puteri Kannauj Sanyogita.

Sementara itu, Akshay juga mempunyai dua buah filem terbaru lagi yang akan ditayangkan tidak lama lagi iaitu Kesari dan juga Gold.

Sumber: Cinema Online

Advertising

Related posts

Tayangan “Dear.M” Ditunda Susulan Kontroversi Melibatkan Park Hye Soo

Zulaikha

Love Alarm Season 2 Character Posters Released

Zulaikha

Lee Je Hoon Bersedia Untuk Balas Dendam Dalam Poster Drama Terbaru “Taxi Driver”

Kakimuvee

Rating “River Where The Moon Rises” Terus Kukuh

Zulaikha

Episod Kedua “Vincenzo” & “Times” Catat Peningkatan Rating

Zulaikha

“The Penthouse 2” Lepasi Angka 20 Peratus!, “Vincenzo” Capai Rating Pembukaan Ketiga Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Zulaikha

Leave a Comment