Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Akhirnya Trailer Justice League Dilancarkan


Selepas peminat filem-filem DC Extended Universe (DCEU) menunggu berbulan-bulan trailer filem Justice League, akhirnya studio DC dan Warner Bros. melancarkan trailer pertama filem superhero yang dinanti-nantikan buat peminat filem berdasarkan siri komik.

Trailer yang dilancarkan itu telah memaparkan beberapa Superhero DC yang bakal membuat kemunculan dalam filem berkenaan diantaranya Batman, Wonder Women, Flash, Aquaman & Cyborg. Malah ia turut memaparkan beberapa karakter utama DC diantaranya Commissioner Gordon dan Lois Lane. Cuma yang tidak kelihatan adalah Superman, mungkin dia akan membuat kemunculan mengejut dalam filem itu nanti.

Trailer yang berdurasi 2 minit 33 saat itu turut menunjukan aksi-aksi menarik yang bakal ditonton peminat nanti. Antara yang mencuri perhatian adalah aksi Flash dan Wonder Women yang ditunjukan dalam trailer tersebut. Bukan itu saja, Trailer Justice League itu juga telah memukau ramai penonton dengan special efek dan dan grafik hasil sentuhan team Zack Snyder.

Setakat ini, kami berpuashati dengan trailer terbaru Justice League yang dikeluarkan sebentar tadi. Diharap filemnya juga sehebat trailer yang ditunjukkan.

Justice League yang dibintangi oleh Henry Cavil, Ben Affleck, Gal Gadot, Jason Mamoa, Ezra Miller, Ray Fisher, Amy Adams dan ramai lagi bintang terkenal akan menemui penonton pada


So kepada yang belum menonton, jom kita tonton trailer menarik Justice League ini.


Related posts

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Wonder Woman 3 Tidak Akan Berlaku Dalam DCU Sama Sekali

Kakimuvee

Christian Bale Enggan Membuat Penampilan Cameo Dalam Filem The Flash

Kakimuvee

WONDER WOMAN: Gal Gadot Goda Kepulangannya Ke DCU

Kakimuvee

Jensen Ackles Berpotensi Bawa Watak Batman Dalam Filem Terbaru Batman, ‘The Brave and the Bold’

Kakimuvee

Trailer ‘Heart of Stone’ Goda Filem Pengintipan Lakonan Gal Gadot

Kakimuvee