Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Ajari Aku Islam Bakal Menemui Penonton Pada 17 Oktober Ini

Antenna Entertainments bakal membawakan sebuah filem drama dari Indonesia berjudul Ajari Aku Islam yang akan ditayangkan pada 17 Oktober Ini.

Filem ini mengisahkan tentang Seorang lelaki Medan berketurunan Cina, Kenny, jatuh hati kepada Fidya, gadis berketurunan Batak Melayu yang beragama Islam. Namun hubungan percintaan mereka dilanda pelbagai ujian serta tidak direstui oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak kerana latar belakang mereka yang berbeza.





Dalam pada itu, Kenny juga dipaksa untuk berkahwin dengan bekas tunangnya, Chelsea Tan. Situasi menjadi lebih rumit apabila kembalinya Fahri, kekasih lama Fidya yang baru menamatkan pelajaran di Turkey.

Diarahkan oleh Deni Pusung, Ajari Aku Islam dibintangi pelakon seperti Roger Danuarta, Cut Meyriska, Shinta Naomi dan Miqdad Addausy.

Saksikan trailer filem dibawah.




Related posts

Aksi Padat Mengejar $5 Billion Dalam Trailer Terakhir “Uncharted”

Kakimuvee

[VIDEO] Kehangatan Cinta Seohyun & Lee Jun Young Dalam Trailer Terbaru “Love and Leashes”

Kakimuvee

Graviti Tidak Boleh Menghalang Mereka Dalam Trailer “Space Force” Musim Kedua

Kakimuvee

Park Seo Joon & Han So Hee Akan Bergandingan Dalam Drama Thriller Terbaru “Gyeongseong Creature”

Zulaikha

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee
Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman