Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya Dalam Trailer Black Water: Abyss

Dari pengarah The Reef, Andrew Traucki dan penerbit eksekutif siri filem 47 Meters Down, sebuah filem seram survival, Black Water: Abyss bakal ditayangkan dipawagam tempatan tidak lama.

Berkisar tentang pasangan Eric dan Jennifer bersama dua rakan mereka, Yolanda dan Viktor, ingin menerokai sebuah sistem gua yang terletak jauh di Utara Australia. Mereka kemudiannya mendapatkan khidmat pemandu pelancong bernama Cash. Menyangka mereka akan selamat dari ribut tropika yang melanda, mereka meneruskan perjalanan dengan lebih jauh ke dalam gua tersebut.

Tanpa disangka, gua itu mula dinaiki air dan mereka telah sesat dan terperangkap di dalamnya. Namun itu bukanlah satu-satunya masalah yang mereka perlu hadapi, kerana banjir itu juga membawa sekumpulan buaya yang ganas. Kini mereka perlu mengejar masa demi menyelamatkan diri dan mencari jalan keluar dari gua tersebut.

Dibintangi Jessica McNamee, Luke Mitchell, dan Amali Golden, Black Water: Abyss akan mula ditayangkan dipawagam pada 6 Ogos 2020.

Related posts

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

iQiyi Dedah Trailer Terbaru Untuk K-Siri Asli Yang Akan Datang “Jirisan”

Zulaikha

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

Leave a Comment