
Bayangkan, tengah kalut hendak buat persiapan perkahwinan, tiba-tiba tiada air?
Itu yang berlaku pada masyarakat sebuah rumah flat dimana secara tiba-tiba rumah mereka tiada air, ketika mereka sedang bersiap untuk melakukan persiapan perkahwinan.
Kalut Nak Kahwin merupakan sebuah filem romantik komedi arahan Yussuf Yunus dari lakon layar yang ditulis oleh Aloy Paradoks.
Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Amerul Affendi sebagai Mustaqim, Salih Yaccob sebagai Pak Lang, Kartina Aziz sebagai Mak Minah, Dee Al-Hadi sebagai Munirah, Anas Ridzuan sebagai Buyut, Chelsia Ng sebagai Honey, Aloy Paradoks sebagai Sulaiman, Megat Sharizal sebagai Zaidi dan Fudail Daiyyan.
Kalut Nak Kahwin, akan ditayangkan pada 4 Ogos ini, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.
